Saturday, May 23, 2015

Brownies Sedap Giler...

Assalamualaikum. 

Haha..taksub benor dengan brownies ni. Mmg sedap dan mudah membuatnya. Berbaloi2......

Resepi dah tulis kat entri sebelum ni. Tak bubuh kacang kali ni sbb kanak2 kat rmh ni tak suka kacang walaupun uminya meronta2 nak kacang...besa lah umi yg kena berkorban. Lepas ni gi bakar walnut secawan makan ngan brownies ni..


Chocolate Chips Cookies...mudah dan sedap

Assalamualaikum. 

Hari ni rasa nak mengukis pulak... Sebenarnya cookies yg dah lama dok teringin nak buat ialah tart nenas. Jem nenas pun dah lama beli tapi ntah kenapa malas pulak nak mula...


Yang boleh jadi buat cookies hari ni adalah disebabkan oleh kak ngah yang janji dgn umi nak tolong bulat2 kan doh dan susun dalam loyang. Umi cuma bancuh adunan dan bakar je. 


Resepi ambik dari blog Azie Kitchen:

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, sida bica dan cream of tartar. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dlm adunan tadi. Kacau menggunakan spatula. 
Masukkan kekacang dan chocolate chips. Adunan agak lembik tapi tak apa. 
Simpan dalam fridge selama 30min-1 jam. 
Dengan menggunakan sudu atau tangan, bulat2kan adunan dan susun dlm loyang yg telah digris. Jarak2 kan sedikit kerana biskut akan mengembang. 
Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit. 
Sejukkan atas redai dan simpn dalam bekas kedap udara. 

Saturday, May 16, 2015

Mini Shepherd Pie

Assalamualaikum. 


Kentang lenyek:
7-8 biji kentang - dikupas, belah 2 dan rebus dgn sedikit garam hingga lembut
2-3 sb butter
200ml susu segar

Kentang dilenyek hingga halus ketika masih panas2. Campurkan butter dan susu (agak2 kepekatan). Siap. 

Inti:
250g daging cincang
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - cincang halus 
1 batang karot - potong dadu
(Nak guna mix vege pun ok, tapi kitorang tak suka kacang pea dlm mix vege)
1/2 st serbuk lada putih
1/2 st serbuk lada hitam
3 sb sos Prego 
(Atau boleh juga gantikan dgn sos tomato dan sos cili shj)
1 sb tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bawang putih hingga garing. 
Masukkan daging cincang dan kacau hingga air agak kering. 
Masukkan bawang besar cincang dan karot. Kacau hingga layu. 
Masukkan serbuk lada putih dan hitam. 
Masukkan sos Prego atau sos tomato dan sos cili. 
Perasakan garam dan gula. 
Akhir sekali bancuh tepung jagung dgn sedikit air dan masukkan ke dlm kuali. Kacau hingga memekat. 



Kalau nak buat mini pie, guna cup aluminium foil. Isikan inti daging hingga 1/2 cup dan penuhkan dengan kentang lentek. Kalau nak buat pie besar, guna mangkuk pie. Tabur mozarella cheese dan bakar 20 minit (mini/cup) atau sehingga cheese cair dan keperangan. 






Saturday, May 9, 2015

Nasi Minyak dan Kerutup Daging

Assalamualaikum. 

Lama tak update recipe keeper ni. Walaupun pernah letak resepi kerutuk daging tak lama dulu, hari ni saya tambah dengan resepi nasi minyak pulak..

Nasi minyak:
5 pot beras (saya guna beras siam) - basuh dan toskan. Masukkan dalam rice cooker dan masukkan sukatan air mengikut beras. On kan suis, sementara menyediakan bahan tumis. 

Bahan tumis:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
-semua dihiris halus atau blend atau tumbuk
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji cengkih
2 batang kayu manis
3 sb sos tomato
2 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan disimpul
1/4 cawan susu cair
2 titik pewarna kuning

Panaskan minyak sapi (boleh campur dgn sedikit minyak biasa)

Tumis semua bahan sehingga garing. Sebelum angkat, masukkan 3 sb sos tomato. 

Tuangkan ke dalam nasi yang sedang ditanak tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati. Tutup periuk sehingga menggelegak. 

Semasa nasi sedang menggelegak, masukkan susu cair dan pewarna kuning. Kacau sekali sekala sehingga nasi kering. 

Tutup periuk dan biar sehingga masak. 


Kerutuk daging saya kali ini menggunakan daging rusa. Rasanya setiap kali update resepi kerutuk, memang saya menggunakan daging rusa. Nampaknya kat rumah saya ni selalu ada daging rusa dari Sabah ni..

Kerutuk daging:
1 kg daging
3 sb rempah kerutuk
3 sb cili kering yang dimesin
7-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
(Separuh dari bawang dan halia dihiris untuk menumis. Separuh lagi ditumbuk atau diblend dan dicampur dengan rempah kerutuk)
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih

1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
3 biji kentang dikupas dan belah empat
3 sb sos tomato
2 sb kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Tumis bawang hiris dan rempah kasar sehingga garing.

Masukkan rempah kerutuk yang dicampur dgn bawang tumbuk serta cili mesin. Tumis sehingga pecah minyak. 

Masukkan daging dan gaul rata. 

Masukkan garam dan perlahankan api. Tutup periuk sehingga air daging keluar. Kacau sekali sekala sehingga daging empuk. 

Setelah daging empuk masukkan santan pekat dan sedikit air serta asam gelugur. Biarkan mendidih dan masukkan kentang.

Setelah kentang empuk, masukkan pula masukkan sos tomato. 
Masukkan juga kerisik dan kacau rata. 
Masukan gula dan perasakan garam. 

Setelah puashati bolehlah tutup api. 

Hidang dengan nasi minyak atau nasi putih serta sambal belacan cuka dan acar timun.