Assalamualaikum.
Dah lama teringin nak buat kek ni tetapi baru berkesempatan membuatnya malam kelmarin. Berhajat untuk membawanya ke pejabat sempena jamuan hari raya, dan alhamdulillah setelah kejadiannya agak memuaskan hati walaupun pertama kali mencuba, hajat tercapai.
Setelah mencari resepi di internet dan memdapati kebanyakan blog adalah menggunakan resepi yang sama atau lebihkurang sama shaja. Maka saya agak konpiden utk mencuba walaupun agak was2 ketika ingin menuang kek setelah masak. Takut2 puding karamel yang di bawah sekali terpecah. Alhamdulillah setelah mengikut tips yg ditulis sesetengah blog supaya menunggu kek agak sejuk baru dituang, puding karamel selamat tidak pecah. Saya menggunakan cara kukus utk keseluruhan proses memasak walapun ada blog yg menggunakan kaedah bakar steam bath, dan saiz loyang 9 inci.
Resepi dari kebanyakan blog:
Step 1:
2 sudu besar gula tabor dalam Loyang dan panaskan. Biar gula cair dan keperangan. pastikan gula rata disetiap sudut loyang (senget2kan loyang)
Biarkan sejuk.
Step 2:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu the esen vanilla
3 biji kuning telur - sy guna 2 kuning
2 biji telur - sy guna 3 putih+kuning
whisk semua bahan sekejap.Tapiskan kedalam
Loyang yang adan gula hangus tadi.kukus 1/2 jam.
Bahan A:
1 cawan serbuk koko - nxt time nak kurang kpd 1/2 @ 3/4 cwn
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan minyak masak
satukan bahan dalam periuk.masak dengan api perlahan. kacau hingga bahan sebati dan padamkan api. Sejukkan hingga suam.
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum - nxt time nak tambah jadi 1 cawan
1 sudu the soda bicarbonate
1 sudu the baking powder
* ayak semua bahan
Bahan C:
4 biji telur...whisk kan sekejap
Step 3: satukan Bahan A, Bahan B dan Bahan C berselang seli. Gaul sebati .
Tuang atas adunan caramel yang telah masak. Kukus 40-50 minit dengan api sederhana.
No comments:
Post a Comment