Tuesday, September 29, 2015

Quiche Tuna dan Cendawan

Salam.


Lama dah teringin nak cuba buat quiche ni sebab saya suka makanan yg berasaskan pastry, cheese dan telur.. Part yang paling malas ialah nak buat pastry dia, takut2 tak menjadi. Ye lah..kot keras ke, tak masak ke, menyerap kelembapan inti ke atau sebagainya. Tapi selagi tak cuba mana nak tahu kan... dan nak dapatkan hasil yang sempurna mestilah kena cuba berkali2. Latihan atau repetitions memang prinsip asas dalam membina kemahiran, apa jua kemahiran terutamanya yg melibatkan psikomotor, memasak termasuk. Ok, ok.. Takyah melalut, mari baca kisah quiche pertama saya..

Bahan inti:
Bawang puting dicincang
Bawang besar dicincang
Cendawan butang dihiris
Mix vege
Tuna chunks dalam tin 
Garam, gula, pepper
Kiub/serbuk pati ayam

Cara:
Tumis kan bawang putih dan besar sampai layu. Masukkan mix vege kacau sebentar. Mix vege ni saya masukkan dahulu dari bahan2 lain sbb dia kan frozen dan saya tak defrost dulu pun. Then masukkan semua bahan lain, termasuk bahan2 perasa. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 

Bahan pastry:
2 cawan tepung gandum
100g butter
1 sb gula halus
Secubit garam
1 kuning telur

Cara:
Gaul semua bahan dan uli sehinga dapat doh lembut. Bulatkan doh, balut dgn plastik dan simpan dalam fridge selama 1 jam. Keluarkan dari fridge dan canai setebal 1/2 cm. Angkat doh yg telah dicanai ke dlm acuan pie. Kemaskan di sekeliling acuan dan cucuk dengan garfu supaya bila bakar ia tidak menggelembung. Bakar selama 20 minit. 


Bahan custard:
200ml susu
3 biji telur
Pepper dan garam
Daun parsley kering

Bancuh semua bahan. 

Cara susun:
Setelah doh masak, masukkan inti dan ratakan. Tuangkan custard sehingga memenuhi acuan. Taburkan cheese yang diparut dan tabur daun parsley jika suka. 

Bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan kekuningan. 

Sesuai untuk makan petang sarapan.

Disebabkan custard tu ada lebihan, saya buatkan quiche 'segera' guna pastry puff Kawan yang saiz kecik. Belah di empat2 penjuru supaya boleh dilipat untuk dijadikan 'mangkuk' dan letakan dalam acuan muffin. Kemaskan tepi2 tu. potong kecik2 sosej dan masukkan atas pastry tadi. Kemudian tuangkan custard telur dan parutkan cheddar cheese diatasnya. Bakar 25 minit. 






Sunday, September 13, 2015

Jerebu

Assalamualaikum.

Teruk juga jerebu kali ni. Awal minggu 2-3 hari agak teruk (tak sure berapa bacaan IPU sebab semua org dalam kedaan tunggu dan lihat belum kisah dengan bacaan IPU). Tapi hari Khamis kedaan reda, penglihatan jelas dan sinar matahari juga terang. Agaknya sebab Rabu petang ada hujan turun. Tapi malangnya Jumaat pagi jerebu datang semula dan keadaannya lebih teruk dari sebelumnya. Sabtu pun sama. Hari ini Ahad rasanya worst sepanjang minggu ini. Kalau tak silap IPU melebih 160. Ditambah pula dengan cuaca pun mendung. Harap2 semoga hujan turun sehari dua ni agar jerebu berlalu pergi..dan anak2 lebih selamat kembali ke sekolah di minggu baru. 




(Gambar tiada kena mengena dengan jerebu - sekadar hidangan minum petang di petang jerebu)

Aiman pun nampaknya masih belum boleh ke sekolah esok kerana chicken pox nya yg masuk hari ke 5 dlm proses nak baik.. Org kata masa ni lah chicken pox boleh spread pada orang lain. Dah 3 hari bagi dia minum air kelapa je..



Moga Aiman cepat baik..




Thursday, September 10, 2015

Apam Mekar

Assalamualaikum. 

Kali pertama saya buat apam legend ni. Walaupun rasanya plain sahaja, saya mmg suka makan apam ni yang lembut, gebu dan shomel...

Bahan2:
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula halus
1 sb ovalette
1 st esen vanila
1 cawan icecream soda F&N
3 cawan tepung*
1 st baking powder

Mula2 masukkan telur, gula dan ovalette ke dlm mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (putih dan pekat)
Kemudian perlahankan mixer masukkan esen vanila. 
Kemudian masukkan icecream soda diselang selikan dengan tepung yg telah diayak dengan baking powder. 
Setelah sebati, ambik 2 senduk diwarnakan merah, 2 senduk diwarnakan hijau. Tak perlu bahagi sama banyak sebab kita nak jadikan adunan base ialah warna asal putih syahdu...hehe. Masukkan kedua2 nya d dlm piping bag berasingan. 
Susun cawan kertas kecil di dalam acuan lompang. Sudukan adunan warna base  sehingga hampir penuh. Pipekan sedikit adunan warna merah dan hijau diatasnya. 

 
Kemudian kukus dengan api besar selama 7 minit. 
Aduanan ini menghasilkan lebihkurang 60 biji apam kecil. 


Sunday, September 6, 2015

Snow Cheesecake




Resepi di posting sebelum ini. 
Saje buat color light purple kali ni, just color bukan perasa yam ker.. Saya suka perasa pandan tapi anak2 tak mahu pula, katanya mau kosong takde color apa. Isk.. rasa tak berseri pula kalau tak letak color sbb cheese frosting pun color krim juga. Ok kita letak purple, setel. 


Sambal Udang

Assalamualaikum. 

Bersarapan bersama keluarga di hujung minggu adalah suatu perkara yang mengujakan. Setelah 5 hari bersarapan di pejabat dengan menu yang sama setiap hari, betapa hujung minggu ditunggu2 untuk bersarapan dengan menu lain atau yang dimasak sendiri. 

Semalam saya teringin nak makan nasi lemak buatan sendiri. Tapi segala haiwAn di dalam peti sejuk dah kehabisan. Tak mahu pula sambal ikan bilis. Jadi setelah letak nasi (beras basmathi, santan kotak, daun pandan, halia) dalam rice cooker, saya keluar mencari haiwan bersesuaian utk nasi lemak saya. Hajatnya nak buat ayam masak merah sahaja tapi tiba2 bila di kedai barang basah, teringin nak buat sambal udang pula. Sebenarnya saya dah lama 'tak ada perasaan' pada sambal udang tapi entah kenapa pagi tu perasaan datang balik. Hehe.. 

Sambal udang:
500g udang - saya tak buang kulit, hanya potong janggut
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sb santan pekat (optional)
1 asam keping
3 sb sos cili
Garam dan gula secukup rasa

Blend cili kering, bawang (besar, putih dan merah) dan halia. 
Tumis bahan blend sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam dan asam keping. 
Masukkan santan daan biarkan seketika. 
Masukkan sos cili dan gula. Kacau hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. 
Masukkan udang dan masak sampai udang masak. 
Sesuaikan rasa dan tutup api. 

Puas dapat makan nasi lemak buatan sendiri dengan sambal udang... Selalunya kalau dah makan macam ni utk sarapan (sarapn kul 10++ pagi dah..) boleh skip makan tengahari.. Apa org kata, brunch?? Petang2 baru cari makan lagi.