Monday, October 29, 2018

Kek Mentega Mudah

Salam.

Kek mentega paling simple menggunakan sukatan cawan. Boleh dipelbagaikan menjadi kek marble, kek oren, dan sebagainya.



Bahan2:
  • 1 cawan marjerin (Daisy)
  • 1 cawan gula halus
  • 5 biji telur B
  • 1 st esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • *boleh tambahkan susu cair 1/2 cawan dan kurangkan telur jadi 4 biji
  • *kalau nak jadikan kek oren, tambahkan jus oren dan parutan kulit oren Sunkist dari 1 biji oren 

Cara2:
  1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu per satu.
  3. Tambahkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan kaup balik.
  5. Griskan loyang 8 atau inci dan bakar selama 35-40 minit 160 darjah celcius.

No comments:

Post a Comment