Friday, May 27, 2011

Red Velvet

Salam...

Populariti kek ni naik mendadak sejak 2-3 tahun lepas lagi. 2010 dan 2011 ni mungkin kemuncak kut kegemilangan red velvet. Saya sendiri pun baru tahu pasal kek ni lepas balik haji tahun lepas. Masa tu teruja dengan populariti dia, terus order je dari online bakers. Dah rasa emm.. not bad kek ni, worth to try it myself. Tak susah cari resepi sebab, macam saya kata tadi populariti dia sedang meniti puncak time tu. Nengok bahan-bahan biasa je except pakai buttermilk dan cuka.

Tried first time buat cupcake, dan gembira sesangat sebab menjadi (saya compare menjadi atau tak tu dgn yang beli tadi tu la). In fact yg buat sendiri tu lagi sedap. Walhal bukan buat pakai buttermilk sebenar pun sebab tak jumpa kat kedai bahan bakery yg selalu pegi tu. So substitute dgn susu + cuka, cam banyak resepi2 dok cakap lah.. Lepas buat pes time, buat lagi kali kedua, pun buat cupcake juga tapi dis time pakai buttermilk dalam kotak. Kesedapan dia memang melampaui batas bila pakai buttermilk sebenar. Patutlah fofular.. dan since then, I know why rega kek ni org juai mahai pasai buttermilk tu tak berapa nak murah reganya. Lagi pun topping ialah cheese frosting. Walopon resepi asal kata frosting kena pakai 2 jenis cheese - creamcheese dan mascarpone cheese, saya tak rasa penjual kek ni pakai dua-duanya. Kalau yg rega over mahal tu maybe lah. Tapi saya harap jgnlah penjual kek RV amik kesempatan letak rega mahal as if dia pakai seme bahan2 tu walaupun hakikatnya dia guna bahan gantian.

Pastu tried pulak buat loyang besar lak, ter'inspired' oleh gambo2 kat blog yg nampak benau ke'menyala'an merah tu bila kek ni dipotong. Ikut resepi yang sama gak tapi saya rasa cam kurenggg plak, agak kering. Masih tak putus asa, buat lagi sekali dlm loyang. Kali ni lagi worst, keras semacam. Masa godek last sekali lepas masuk cuka + baking powder tu, dah rasa dah apsal macam lebih tepung je ni. Rasa masa sukat tadi dah betul. Masa tu tambah susu sikit lagi dengan harapan okay lah. Last2 bila dah bakar, hambek ko...keras. Membazir tul. Pikir, pikir, pikir mana silap..ropernya tersilap sukat serbuk koko pi bubuh 1 cawan walhal resepi nak 2 sudu besar je. Hehehe... patut la warna pun tak merah dah, jadik kecoklatan.. Tu ler, lain kali buku masam tu (buku resepi saya) letak depan mata. Sudahnya takmo ler letak topping sebab tak guna benda tak jadi selimut ngan topping yg lazat tu.. kang takde sapa makan, 2 kali membazir.

Projek red velvet terkini saya ialah malam tadi sebab nak bagi anak-anak bawak gi sekolah untuk hari guru hari ni. Cakap dengan anak-anak, tahun ni tak payah beli hadiah untuk cikgu, ummi buat cupcake boleh bagi cikgu sorang satu. Ye lah, mana idaknya... tetiap tahun beli hadiah bukan utk sorang dua cikgu peberet, semua cikgu yg mengajor nak dibaginya (which is baguih anak2 saya nih:) ) Maknanya 5-6 hadiah ler kena beli dah kalau gitu kekdahnya. Pehtu, anak-anakku yang sekolah tahun ni ada 3 orang, idak ke 3 maltiplai 6 = 18 ketul hadiah kena beli. So wat do you expect rega hadiah yg nak dibeli, takkan yang berharga 20 hengget satu kan? Bengkrap mak...

Berbalik pada red velvet cupcake ni, inilah yag terhasil pada projek malam tadi...




Letak dalam kotak sebiji-sebijik, sorang bawak 5 bijik. Tak tahulah apa nasib cuppies ni bila dibawa oleh budak darjah 1 dan 3 tu...

Friday, May 20, 2011

Triffle

Puding ni sangat famous. Mungkin dek kerana rasa dia dia yang ada banyak combination - kek sponge, lemak dari kastad dan susu, rasa segar dari buah koktel dan rasa kenyal dari jelly. Tapi puding ni pun sebenarnya ada banyak variety juga dek kerana telah disuairasa oleh tekak pembuatnya.

Yang saya nak persembahkan di sini adalah versi Nanirostam kerana bagi saya dan keluarga ini adalah versi terbaik. Itu pun saya tak ikut 100% yakni saya minus jelly. Tak ada sebab spesifik kenapa jelly di'minus'kan, hanya sebab tak ada stok kat rumah je mas abuat tu..hehehe. Memasak ni kadang kalau nak tunggu semua bahan ada kena buat perancangan awal. But for me, most of the time saya buat bila mood datang. Alhamdulillah, sehingga hari ini, Mr. mood masih berkawan baik dengan saya. Rasanya sangat sedapppp dan nyaman. Cubalah sendiri.

Wednesday, May 18, 2011

Mee udang sos

Dah lama tak update baking-membaking ni. Bukan tak membaking dah tapi... tapi... emm adalah.. Terus terang cakap, ada lah try buat french macarons tapi hasilnya 40% sukacita, 60% dukacita. Taulah si macarons ni, kalau rasa ada tapi roper tak ada, bukan macarons namanya. Ala.. macam retis Malaysia lah, kalau ada bakat je, roper tak ada, tak akan ke mana.. Jadi cerita macarons kena silentkan dulu sehingga hasilnya berbaloi utk diabadikan kat blog ni. Bak kata angah "kita teruskan berusaha Ummi, yg beli tu tak sedap langsung..".

Kita beralih ke makanan ala berat (bukan ala Barat) pulak kali ni. Mee udang sos. Bukan mee sos udang, lain tu. Mee udang sos namanya cenggitu sebab perencah dia sos je.. of course adalah cili boh dan bawang sket. Takde perencah lain dah melainkan sos je.

Caranya senang je tumis cili kering yang diblend sekali dengan bawang putih dan merah.
Bila dah garing atau pecah minyak, masukkan air.
Tunggu mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato. Agak banyak juga dalam setengah cawan each, untuk sepaket mee. 
Lepas tu masukkan udang, lagi besar udang lagi best, udang kertas boleh, udang galah pun boleh.
Masukkan juga tomato belah empat, sayur sawi dan hirisan cili merah. Perasakan garam. Gula tak payah sebab sos cili dah manis.
Tunggu mendidih sekali lagi terus masukkan mee kuning yg dah jirus air panas, tutup api.
Hidang panas-panas, lengkapkan dengan daun bawang/sup, bawang goreng.
Yummy..yummy.. ala-ala Kuala Sepetang atau Sungai Dua punyer..


Yang ini namanya ada mee di sebalik udang...