Thursday, June 30, 2011

Spaghetti Lemak Pedas

Salam...

Sebelum ni, saya tak pernah cuba membuat variasi masakan spaghetti selain bolognese atau carbonara. Itu pun pakai spaghetti sauce ready dlm tin/botol je :). Bila terpandang angel hair lemak pedas Kak Nor, terdetik nak cuba. Tertarik dgn kuah yg berwarna putih ala-ala white sauce yang lemak masin tu. Tapi resepi Kak Nor ni tak pakai cheese langsung hanya susu cair sebab resepi ni lebih nak 'menonjolkan' rasa pedas bukannya rasa cheese. Apa-apa pun, mak suka, mak suka...resepi ni :). Sekarang saya dah ada satu resepi lain utk spaghetti kegemaran saya. Saya agak la kan.. resepi ni sesuai dgn apa jua jenis pasta yg panjang berurai - spaghetti, angel hair/vermicelli ataupun linguine.. betul tak? (sapa nak jawab ni?)

Inilah hasilnya..

Tuesday, June 28, 2011

Sagu Gula Merah

Sejenis kuih melayu lama yang amat sedap dijadikan hidangan pencuci mulut. Lebih-lebih lagi kalau disejukkan atau diletak seketul dua ais. Amat ringkas dan mudah disediakan.

  1. Masak air sehingga mendidih anggaran 3 cawan.
  2. Masukkan 1 cawan sagu kecil yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam air yang telah mendidih,
  3. Kacau sehingga masak dan bahagian tengah sagu yang berwarna putih mengecil. Jika air kurang, tambahkan air panas dan teruskan mengacau. Jangan terlebih air sehingga kesemua warna putih sagu hilang kerana sagu akanmenjadi terlalu lembik.
  4. Bila dah keluar buih blup..blup maknanya sagu telah masak dan tutup api.
  5. Masukkan dalam acuan kecil-kecil kegemaran anda atau boleh juga dimasukkan dalam loyang atau bekas besar. Sejukkan.
  6. Untuk santan, masukkan 1 cawan santan pekat, 1 cawan air dan sehelai daun pandan ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga mendidih. Bila mendidih masukkan bancuhan 1 s.b tepung jagung + 1/3 cawan air. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.
  7. Untuk air gula merah, boleh guna apa sahaja gula merah (gula kabung, gula nisan, gula melaka, gula merah hancur dsb.). Caranya letak gula dalam periuk, masukkan sedikit sahaja air. Boleh juga letak daun pandan. Kacau sampai mendidih.
  8. Untuk menghidang, tuangkan sagu dari acuan kecil dan letak dalam mangkuk. Siram dengan santan kemudian gula merah. Hmmm.. dapat rasa nyamannya sagu yg sejuk lalu ditekak... Buat buka puasa memang ngetop..

Saturday, June 11, 2011

Puding Gula Hangus Beroti

Pelik pulak perkataan 'beroti' tu. Apa yang dimaksudkan ialah, puding ni ada dimasukkan roti sebagai salah satu bahan. Nak letak nama puding roti gula hangus, puding roti adalah sejenis puding lain. Ini ialah puding gula hangus (karamel), cuma dimasukkan sedikit roti sebagai agen pemekat.

Seperti yang ramai orang tahu, puding karamel adala puding yang pakai telur dan susu sebagai bahan utama. Justeru, ada yang pakai kastad atau tepung jagung sebagai agen pengeras atau ada yang biarkan telur saja yang memekat sendiri. Kalau resepi yang tak pakai pemekat, mesti telurnya banyak..

Ini bukan resepi baru pun, saya sendiri pernah cuba suatu ketika dahulu tapi hasilnya tak begitu memuaskan seperti yang buat kali ini. Resepi ni saya ambil dari Kak Nor. Tapi saya kurangkan roti jadi 3 keping saja sebab rasanya 4 keping terlalu banyak. Alhamdulillah, jadi cantik, licin dan sedap...


Anak-anak semua suka puding karamel ni, masak je terus potong makan, dalam 10 minit tinggal 3 slice..:)

Thursday, June 9, 2011

Red Velvet lagi...

Semalam ambik cuti gantian Keputeraan Yang DiPertuan Agong yang jatuh pada Sabtu lepas. Saja je cuti mengingatkan anak-anak semua kat rumah di musim cuti sekolah ni, kesian diaorang tak tengok muka ummi  seharian. Ngeh..ngeh..ngeh.. Tak ada plan pun nak bawak diorang jalan-jalan memandangkan saya sorang je cuti, abah nya tak. Tapi lepas lunch keluar juga pergi Jusco Balakong beli kasut sekolah Ani yg mengadu kasut dah koyak dan ketat. Baru 6 bulan pakai dah ketat, tak tahu lah dah masuk sekolah menengah nanti saiz berapa kena pakai.

Pagi tu sempat buat rek velvet cupcake yang diminta oleh kawan. First time buat RV untuk orang, gementar juga takut tak sedap dan tak yang lain-lainnya. To Karin, minta maaflah kalau ada yang tak memenuhi selera.




Just to share a simple tip for cake deco item - use your own colored sugar. I myself got this idea from YouTube. Put coarse sugar into a zip plastic bag, then drop in 2-3 drops of coloring. Zip the bag and shake it generously. Tadaaa.. you have got your own deco item.
Here are the cuppies decorated using the colored sugar.. Nice, isn't it? But the sugar will not be lasting in normal room temperature because it starts to melt after about 1 hour especially when there is fan wind.


Actually, it was not my intention in baking to be a cake seller. It's just because of my passion in baking and I would love to try any recipe, and then eat it! Terima kasih ma kerana telah menanamkan minat buat kek sejak dari saya kecik lagi. Ma (arwah mak saya) bukannya penjual kek dan surirumah, dia ustazah. Tapi dia suka buat kuih kalau ada masa lapang. Yang paling saya ingat, time raya kami dikerah jadi 'mixer'. Dulu tahun 80-an, jarang-jarang orang ada mixer lagi. So hand beat lah semua adunan kek tu. Bergilir-gilir kami 'putar' adunan dengan senduk kayu sampai kembang. Bila dah kembang, ma akan amik balik mangkuk adunan tu dan teruskan sampai siap. Kami perati je dan tukang makan kek tu nanti...

Anyway, terima kasih Ma atas SATU tunjuk ajar ini dari berjuta yang lain...