Thursday, December 27, 2012

Kek Coklat (beryogurt)

Salam..

Entry serimuka tak jadi entry penutup sebab saya 'ter'rajin nak masukkan satu lagi resepi yang saya try 2 minggu lepas. Kek Coklat Beryogurt nama asal diberi oleh tuan punya resepi Kak Nor Secubit Garam.


Saya pulak letak perkataan beryogurt dalam kurungan sebab lupa beli yogurt, maka buttermilk menjadi pengganti. Itu pun buttermilk jadian je (susu + lemon). Kek nya lembut, moist dan seperti dikukus walaupun dibakar sebenarnya. Adunan dia sangat cair, mungkin sebab saya ganti yogurt dengan buttermilk tanpa mengurangkan sukatan, membuatkan saya cuak sewaktu nak membakarnya. Takut tak jadi... Tapi alhamdulillah kek menjadi dengan sedapnya... cumanya saya rasa kalau pakai buttermilk kena kurangkan ke 3/4 cawan je. Next time nak buat lagi dengan yogurt spt resepi asal.


Resepi copy dari blog Kak Nor:

KEK COKLAT BERYOGURTsumber : inahar's cooking time
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)- menghasilkan kek yg besar.
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang 
1 cawan cocoa powder
1 cawan susu pekat manis ~ k.nor guna 1/2 cawan jer
2 tsp baking powder*
1 tsp baking soda*
3 biji telur
1 cawan yogurt - umimans pakai buttermilk (3/4 cawan je cukup)
1 cawan corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam,
1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1suduteh nescafe ngan 1 caw air panas)

Cara Membuatnya:
Ayak bahan * sekaligus
Pukul sekejap semua bahan.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .

Bahan Topping/Ganache:-
300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
1 sudu teh esen vanila
150ml susu segar
sedikit butter 

Cara:
Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.
* cara k.nor, panaskan susu cair menggunakan kaedah double boiler, bila susu dah panas, masukkan cooking chocolate yg dah dipotong kecil. kacau hingga coklat cair, padamkan api dan masukkan butter. kacau lagi hingga butter cair . kacau hingga sebati.

Jemput makan..

Monday, December 24, 2012

Serimuka

Salam hujung tahun...

2012 bakal melabuhkan tirainya kurang seminggu lagi. Saya kira ini entry penutup tahun ini jika tiada kerajinan mengupdate blog dalam 3-4 hari ini.


Kuih serimuka juadah penutup tahun. Tiada yang istimewa dengan resepi ini kecuali jika rajin membuatnya, akan dapat suai rasa dengan tekak masing-masing..

Saya buat serimuka dua hari turut-turut hehe... kena rasuk dengan jin serimuka..
Hari Sabtu buat yang biasa, hari Ahad buat taruk durian. Orang lain tengah gila buat durian crepe, saya serimuka durian je lah.. Semangat belum kental mahu cuba membuat DC..


versi biasa...



versi durian...


Resepi:

Lapisan pulut:
2 cawan beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 1 jam
1 cawan pati santan
1 st garam

- masuk semua bahan dalam loyang
- tambah air sehingga beras pulut terendam 1 cm.
- kukus sehingga masak
- setelah masak dan ketika masih panas, tekan dengan senduk sehingga mampat dan kemas.

Lapisan bawah:
2 cawan pati santan (saya guna santan RM1.50 dan tambah air)
3 biji telur
4 sb tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan
1/2 st garam
2-3 ulas isi durian (kalau suka)

- blend semua bahan
- kacau atas api sampai berwap (jgn didih)
- tuang atas pulut dan kukus 30-35 minit


Monday, December 10, 2012

Salam kembali ke sekolah..opsss!! ke alam siber: Cheese Biscuit Pudding (2)

Hehehe.. Genap 2 bulan blog ku menyepi. Banyaklah faktor menyumbang kepada kesepian blog ini, tak yah cerita lah. Empunya blog alhamdulillah masih dikurniakan nikmat sihat dan lapang, dan yang penting tak ada penyebab serius yg boleh menyebabkan blog ni terus sepi..





Dipersembahkan pemanis mulut yang lemak berkrim ini sebagai peyambung nafas A Recipe Tester...
Dulu pernah buat sekali kat sini, tapi  kali ni tukar pakai biskut pakai Digestive. Puding ni macam puding Pesona yg ada dalam kebanyakan blog, cuma lain sikit je. Pakai biskut Digestive lebih sedap bebanding pakai biskut cream cracker dahulu. Senang banget membuatnya. Khasiatnya memang tidak dapat dinafikan, mungkin boleh menyamai kalori sebiji BigMac dalam setiap piring..hehehe (sorry.. saya lom bawa gi makmal untuk ukur kalori dia).

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut Digestive (tak habis pun tinggal lagi dalam 3-4 leping)
250g cream cheese
250ml dairy whipping cream
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Pukul cream chesse sehingga berkrim (tiada lump)
  2. Masukkan whipping cream dan susu pekat manis. Pukul sampai kembang (dalam 5 minit)
  3. Susun biskut Digestive dalam mangkuk kaserol atau tupperware pun boleh. (Sebab biskut Digestive ni bulat, pandai2 lah susun bagi memenuhi dasar mangkuk - patah2kan biskut letak celah2 ruang antara biskut yg susun sekeping-sekeping)
  4. Ratakan adunan cheese atas biskut. Guna belakang sudu je.
  5. Susun lagi biskut. Ratakan cheese lagi.
  6. Ulang sampai habis (boleh dapat 3 lapisan biskut, ikut saiz loyang)
  7. Sejukkan dalam peti ais minimum 4 jam, semalaman lagi elok. Pastikan peti ais anda bebas durian bagi mengelak kejadian tidak diingini...hehehe


Rupa setelah disejukkan.. Cheese cream tu cepat cair bila keluar dari peti ais..

Tekstur biskut Digestive lebih berserat dan well-blended dgn cheese..

Yummeh!!!