Monday, January 7, 2013

Strawberry Crepe

Salam..

Fenomena durian crepe yang menyerang Malaysia di musim durian 2012 sungguh luarbiasa... Segala jenis baka durian menjadi mangsa, yang paling popular mestilah Musang King.. Menurut pengusaha DC yang saya kenali, paling cikai pun mereka akan guna D24 atau 101. Maknanya 'kelunakan' rasa DC amat terletak pada jenis duriannya...logik lah kan!


Sewaktu mula-mula saya mendengar mengenai DC, saya tak teringin pun untuk merasainya kerana menganggap rasanya hanya biasa-biasa sahaja (crepe/lempeng nipis membaluti fresh cream dan isi durian). Tetapi setelah merasai DC buatan kawan saya, rupa-rupanya ada keistimewaan terhadap kombinasi 3 perkara simple tersebut. Patutlah ianya menjadi fenomena...

Walau bagaimana pun, resepi yg saya cuba di sini bukanlah DC tetapi SC (strawberry crepe). Intro di atas hanya sebagai 'motif' percubaan kali ini. Kenapa strawberry? Sebab anak saya nakkan strawberry dan bukannya durian. Saya layan je permintaannya disamping mahu mencuba resepi crepe yg simple dari blog Masam Manis. Saya pernah baca org kata resepi yg yg menggunakan 5 jenis tepung adalah resepi crepe terbaik, tetapi saya tidak tegar utk membeli kelima-lima jenis tepung yang mungkin digunakan sekali ini sahaja. Maka respi Masam Manis adalah pilihan bijak.. Crepe tetap menjadi elok, lembut dan sedap walaupun hanya menggunakan tepung gandum.

Resepinya:

500ml santan (saya guna 200ml santan kotak dan campurkan dengan air menjadi 500ml)
3 biji telur
250g tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Ini saya tambah:
1 sb gula
2 sb minyak jagung

Krim:
1 cawan non-dairy whipping cream
+ Pukul sehingga kental.


Cara-cara:
+ Kacau/whisk telur dan gula di dalam santan sehingga sebati. Masukkan garam.
+ Masukkan tepung gandum dan teruskan whisk.
+ Masukkan minyak. Idea saya memasukkan minyak ke dalam adunan crepe supaya apabila saya memasak crepe nanti saya tidak perlu spray/sapu minyak pada kuali non-stick.
+ Tapis adunan.
+ Panaskan kuali nonstick atau mana-mana kuali anda yg diketahui tidak melekat. Kalau kuali biasa saya rasa kena sapu minyak
+ Pastikan api kecil dan tuang satu senduk adunan ke dalam kuali. Angkat kuali dan gelekkan supaya adunan mengalir ke tepi tetapi masih dalam bentuk bulatan.
+ Bila permukaan crepe dah kering, bolehlah diangkat. Tak perlu terbalikkan. Hati-hati part ni takut crepe koyak.
+ Ambil sekeping crepe dan letakkan krim di tengah-tengahnya. Letakkan hirisan strawberry dan tutup denagn cream semula. Kuantiti krim akan menentukan kegemukan crepe anda :)
+ Lipat crepe disemua hujung membentuk empat segi.
+ Sejukkan sebelum dimakan.







2 comments:

  1. Waaa....buat strawberry crepe..menjadi cantik lempengnya tu...

    ReplyDelete
  2. Skill melempeng dah berkarat, dh lama x buat ketayap. Agak tebal tu sebenarnya.

    ReplyDelete