Thursday, January 31, 2013

Simple and Easy Vanila Cupcake

Salam..

Balik dari hantar anak ke asrama Isnin lepas, setelah cuti hujung minggu panjang di kampung Kelate sempena Maulidur rasul dan Thaipusam, saya rasa macam nak makan kek... Hasrat nak buat vanila cupcake yang menggunakan buttermilk ada tersemat di hati, tetapi memandangkan butter takde stok kat rumah, maka beralih ke resepi yg satu lagi yg hanya menggunakan minyak. Kedua-dua resepi yang saya maksudkan itu adalah dari blog Azie Kitchen.



Maka bermulalah projek cupcake di senja hari. Senang je membuatnya, godek2 dalam 15 minit, bakar another 15 minit, dah boleh makan.. Saya tak letak topping sebab rasa nak makan kek plain sahaja..

Saya salin resepinya di sini:


Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda - kalau tak letak pun saya rasa ok, spy kek lebih padat..
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk pure vanilla extract
1/2 cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.

Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.

Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.

Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Nota;
Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.


Rasanya memang sedap, sementelah saya buat dalam papercup kecil-kecil, memang tak sedar pop, pop masuk mulut.. Sedar-sedar pinggang kain dah ketat :(

No comments:

Post a Comment