Tuesday, August 27, 2013

Kemeriahan Syawal...

Salam..

Syawal bulan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara sanak-saudara, sahabat-handai dan jiran tetangga. Di waktu-waktu lain kita dihimpit kesibukkan yang menjarakkan hubungan sesama kita. Syawal juga kita sibuk, kita bekerja tetapi sempena mengambil keberkatan 1 Syawal di mana kita disunatkan berkunjung-kunjungan, maka ziarah di bulan Syawal diteruskan hingga ke penghujung bulannya. Niatkan 100% menganjurkan open house atau kunjungan ke open house semata-mata untuk mendekatkan hubungan dan beramah-mesra, insyaallah ada keberkatan di dalamnya.

Menu 18 Syawal saya - soto Jawa, nasi impit, lemang dan rendang payau, kek red velvet, fruit punch cocktail dan kek buah serta biskut raya...

Alhamdulillah..











Monday, August 26, 2013

Rendang Daging Rusa - menggunakan pressure cooker

Salam.

Rusa juga dikenali sebagai payau. Saya baru tau istilah payau setelah suami acapkali outstation ke Sabah dan membawa balik daging rusa yang diperolehi dari kawan-kawannya di sana. Kadang2 suami siap pesan sebelum berangkat ke Sabah daripada mereka agar carikan dan simpankan payau sebab tidak selalu payau ada dalam simpanan mereka. Payau yang mereka perolehi ialah hasil buruan di hutan-hutan di sana.

Minggu lepas suami outstation ke Sarawak/Sabah lagi. Kali ni 8kg payau yang dibawa balik! Masyallah penuh peti ais saya dengan anak rusa Nani ni. Nasib baik telah dipack kan 1 kg setiap bungkusan, senang saya nak simpan dan nak masak nanti. Menu pertama dari payau ini yang dimasak oleh bibik untuk dinner kelmarin ialah goreng kunyit. Kami semua amat menggemari payau goreng kunyit ni. Tapi nasib kami agak kurang baik, payau yang kami perolehi kali ini agak liat dagingnya. Klau setakat goreng macam biasa (goreng tanpa minyak sehingga air daging kering tanpa memasukkan air tambahan, kemudian  baru dimasukkan minyak dan digoreng hingga garing), dagingnya tidak boleh empuk. Agaknya rusa bersaiz besar dan berusia yg kami perolehi kali ini. Payau ni kalau dapat yang lembut memang best...dagingnya lebih halus dari daging lembu. Cuma bagi sesetengah org tidak menyukai bau 'daun' yang ada pada daging payau. Entahlah saya tak perasan pun wujud bau 'daun' tu. Sudahnya daging rusa goreng tu tidak boleh dimakan, perlu dialter semula untuk melembutkan dagingnya.

Kisahnya hari ini saya ingin memasak rendang rusa pulak. Maklumlah di hari minggu di bulan Syawal ni, mungkin ada tetamu yang bakal berkunjung dan boleh dijadikan hidangan bersama lemang (yang boleh dibeli bila2 masa). Memandangkan saya telah mengetahui payau ini agak liat dagingnya, maka saya buat keputusan untuk memasak rendang ini dengan pressure cooker yang baru dibeli minggu lepas. Tertarik dengan kelebihan jenama Noxxa by Amway ini kerana capacitynya besar 8L dan ada multifunction.

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa
3-4 helai daun kunyit
3-4 sb kerisik kelapa
1 keping gula nisan/gula merah
Garam secukup rasa
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
2 cawan santan pekat

Bahan-bahan yang diblend:
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
3 biji buah keras (optional)
15 tangkai cili kering yg telah direndam
- Blend semua bahan sehingga lumat

- Masukkan daging yang telah dipotong selebar 2 jari dan setebal 1 cm ke dalam periuk pressure cooker.
- Masukkan bahan blend dan garam secukup rasa ke atas daging dan gaul perap seketika.
- Masukkan santan dan gaul sebati.
- Masak menggunakan fungsi 'high pressure' selama 30 minit (sebab payau saya liat, kalau biasa 20 minit mencukupi)
- Setelah tamat, menggunakan fungsi 'stir dry' pula, kacau rendang sehingga pekat dan pecah minyak. Dalam 10-15 minit diperlukan untuk proses ini. Ketika ini bolehlah dimasukkan kerisik, gula merah secukup rasa dan daun kunyit yg dihiris halus. Kacau sehingga mendapat kepekatan yang diingini. (ada yg suka rendang berkuah sikit, ada yg suka rendang kering)

rendang yang sedang di'stir fry'...

Saya takleh bayangkan sekiranya saya tidak menggunakan pressure cooker untuk memasak rendang ini dgn kedaan daging payau yang liat, mungkin saya memerlukam masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk melembutkan daging ini. Syukur alhamdulillah pressure cooker saya sampai tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin saya membebel 2-3 besen nak menunggu payau lembut :).

Gambar rendang yg dah siap lupa nak snap...

Friday, August 23, 2013

Warna-warni Aidilfitri 1434H

Salam Syawal 1434H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, zahir dan batin dari saya sekeluarga..


Syawal 1 hingga 3 di Kubur Panjang Kedah, kampung husband..

Kemeriahan Syawal 1 dengan tetamu yang sangat ramai tidak putus-putus...
Anak-anak daraku dan anak-anak dara adik iparku...
Saya dan anak sulung
Kenduri akad nikah anak sepupu husband di Kg. Bendang Raja

Syawal 3 hingga 7 pula di Tanah Merah Kelantan, kampung saya....

On the way, sambar ini petai dari gerai tepi jalan...
Aiman dan Ija
Mee kruk oleh kakak ku yang sangat marbeles... nak resepinya? tunggu ku try buat sendiri...
Nasi impit segera yang direbus menggunakan pressure cooker 
This is really authentic and marvelous!!! Sambal nasi impit... hanya di Kelantan
Moggy anak Kechik... tomei! baru sebulan lebih usia..

Bila balik Bangi ku terus cari ini pressure cooker..jatuh chenta masa lihat penggunaannya di rumah kakak ku...hoyeayyy!






Biskut raya: Cornflakes Madu


Rasanya ini entri terakhir pasal biskut raya bagi tahun ini. Saya buat 4 jenis sahaja, semuanya yang saya rasa kategori "dijamin habis". Tak nak berlaku pembaziran.

Actually resepi yang sama saya gunakan sebelum ini, cuma dikurangkan mentega dan gula. Saya tuliskan semula dalam sukatan yang lebih besar.

Resepi:
225 g butter
3/4 cawan gula
10 sudu besar madu
500 g cornflakes - saya suka  jenama Nestle kerana flakesnya lebih tebal. Kalau jenama Kellog's atau yang timbang, flakesnya nipis..
(kalau suka boleh tambah kekacang)

hirisan ceri untuk hiasan

Kacau atas api butter, gula dan madu sampai larut menggunakan kuali besar. Guna api perlahan.
Masukkan cornflakes kacau sampai rata (api kecil sekali)
Sudukan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan manik hiasan atau ceri.
Bakar 160 C selama 6-8 minit.




Biskut raya: Chocolate Chips Cookies

Walaupun hari ini dah 16 Syawal 1434H, saya masih ingin masukkan entri biskut raya untuk rujukan di masa depan.

Resepi chocolate chips cookies ni saya ambil dari dapur Kak Zu. Bosan dengan resepi yang gunakan 2 tahun berturut-turut sebelum ini. Cuma beberapa ubahsuaian bahan dilakukan demi mahu menggunakan bahan sediada sahaja. Saya buat 3 adunan dapat dalam 6 balang. Review saya berkenaan resepi ni - yes sedap dan cookies lebih rangup disebabkan penggunaan tepung kentang (tak sure kalau guna tepung beras sama ke tak). Cookies ni pun tak mengembang macam resepi terdahulu bila di bakar tapi jangan buat nipis sangat sebab mudah pecah.

ALMOND COKLAT CHIPS COOKIES
SUMBER : DAPURKAKZU
180 gm mentega
30 gm shortening
1 kuning telur
50 gm gula perang
50 gm gula castor
180 gm tepung redrose - saya guna tepung biasa cap Sauh
30 gm tepung  ubi - saya guna tepung kentang
½  tsp soda bicarbonate
½ tsp coklat emulco100 gm coklat chips
60 gm almond nibs - saya guna walnut yang dibakar sekejap dan dicincang kasar

CARA CARA
Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikabonate
Putar shortening, mentega, gula dan telur hingga sebati
Masukkan coklat emulco
Masukkan  almond nibs dan coklat chips
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh
Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu
Bakar biskut selama 20 minit  dengan suhu 180 C.

·         Tips : masukkan tepung sedikit sedikit untuk mendapat doh yang yang tidak keras.