Tuesday, August 25, 2015

Apam Pisang versi acuan biru

Assalamualaikum. 


Versi acuan biru pulak kali ni. Resepi ni memang torbaek lah.. sedap, lembut, gebu, lembap..

APAM PISANG

Bahan2nya:
250g pisang berangan (5 biji saiz sedang)
270g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
140g susu pekat manis
100g minyak jagung
2 biji telur, gred A

Cara2 membuatnya:
1. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. 

2. Blend semua bahan lain hingga sebati. 

3. Tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Tutup dan biarkan selama 20 minit.

4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan apam & sapukan dengan sedikit minyak.

5. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi. <-- acuan kecil
Kukus 40 minit <-- acuan besar






Tuesday, August 18, 2015

Brownies

Assalamualaikum.


Ahad lepas saya bake brownies 2 kali.. Waktu pagi buat untuk makan sendiri, malam buat satu lagi untuk husband bawak ke jamuan di office keesokkannya. 
Saya guna resepi yang sama sebelum ini cuma kali ni saya habiskan seketul butter   250g (sebelum ni saya pakai 220g je) dan oleh kerana butter bertambah, saya tambah tepung sebanyak 10g menjadi 80g. Ok, ok.. Kalau malas refer ke entri sebelum ini, saya tulis semula di sini.. Saya dapati ada sedikit perbezaan bila increase butter (wpun tepung pun increase juga) ni.. Permukaan brownies menjadi lebih keduts setelah masak.. Adakah ini yg disebut ramai sebagai brownies kedut? Saya tak pasti sbb saya tak ada resepi brownies kedut yg disebut2 itew.. 

So okaylah, nxt time buleh habiskan je seketul butter tu, tak payah nak potong buang sikit..

250g butter
240g cooking chocolate
3 biji telur
220g brown sugar
1 st esen vanila
80g tepung gandum*
40g serbuk koko*
1/2 st baking powder*
(Ayak yang bertanda *)

Cairkan butter dan cooking choc. Sejukkan hingga suam. 
Pukul telur, brown sugar dan esen vanila hingga kembang. 
Masukkan campuran butter+chocolate ke dalam telur dan pukul sebati. 
Akhir sekali kaup balik kan tepung ke dalam adunan sehingga sebati. 
Kalau nak tambah kekacang ke dlm adunan pun boleh (cashew/walnut yg dibakar sekejap) 
Tuang ke dalam loyang 10x10 inci yg telah digris dan dialas dgn baking paper. 
Kalau nak tabur chic chips/almond slice/almond nibs pun boleh. 
Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 celcius. 




Monday, August 10, 2015

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum.


Fenomena acuan biru Apple Lady :)
Serius apam yang dikukus menggunakan acuan ni sgt cantik mulus dan tidak melekat (setelah disapu gris). Saya telah berjaya mendapatkannya dan harganya cuma rm2.00++..

Resepi apam gula hangus ni pula saya amik dari fb page masak-memasak.. Tak
ingat page mana. Satu benda yg saya terdiscover Fb page ni kan suka amik gambar dari blog2 orang esp yg takde watermark.. Blog cikai saya ni pun dah few times kena cilok gambar, tapi depa tak amik plak resepinya sekali. Nak kata gamba kat blog ni cantik jelita, jauh panggang dari api. Agaknya depa nak gambar yg real amatur, bukannya yg expert mcm Azlita masam manis ker..hehe..

Ini dia resepinya:
1 cawan gula
1 cawan air panas
- cairkan gula dlm periuk kecil/kuali di atas api sederhana kecul sehingga berbuih dan bertukar perang. Masukkan air panas dan biarkan mendidih sehingga tiada ketulan gula. 

2 biji telur
2 sb butter
3 sb susu pekat manis
3 sb susu cair (optional)
1 st soda bikarbonat
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
- blend telur, butter, susu pekat, susu cair dan minyak selama 1-2 minit. 
- masukkan soda dan dan gula hangus, blend sekejap lagi. 
- tuangkan dlm mangkuk dan masukkan tepung gandum. Kacau menggunakan whisk hingga rata. 
- panaskan kukusan sehingga air mendidiih. Tuang adunan ke dlm loyang ( kalau ada loyang biru lagi cun..) dan terus masukkanke dlm pengukus. 
- kukus selama 30-40 minit. 
- bila dah masak terbalikkan apam ke dlm pinggan atau cake board. 

Bahagian bwh acuan yg berlekuk2 adalah sgt comel...sesuai dgn tekstur apam yg mulus..








Saturday, August 8, 2015

Kek Coklat Puding Karamel

Assalamualaikum. 


Dah lama teringin nak buat kek ni tetapi baru berkesempatan membuatnya malam kelmarin. Berhajat untuk membawanya ke pejabat sempena jamuan hari raya, dan alhamdulillah setelah kejadiannya agak memuaskan hati walaupun pertama kali mencuba, hajat tercapai. 

Setelah mencari resepi di internet dan memdapati kebanyakan blog adalah menggunakan resepi yang sama atau lebihkurang sama shaja. Maka saya agak konpiden utk mencuba walaupun agak was2 ketika ingin menuang kek setelah masak. Takut2 puding karamel yang di bawah sekali terpecah. Alhamdulillah setelah mengikut tips yg ditulis sesetengah blog supaya menunggu kek agak sejuk baru dituang, puding karamel selamat tidak pecah. Saya menggunakan cara kukus utk keseluruhan proses memasak walapun ada blog yg menggunakan kaedah bakar steam bath, dan saiz loyang 9 inci.  


Resepi dari kebanyakan blog:

Step 1: 
2 sudu besar gula tabor dalam Loyang dan panaskan. Biar gula cair dan keperangan. pastikan gula rata disetiap sudut loyang (senget2kan loyang)
Biarkan sejuk.

Step 2: 
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu the esen vanilla
3 biji kuning telur - sy guna 2 kuning
2 biji telur - sy guna 3 putih+kuning
whisk semua bahan sekejap.Tapiskan kedalam 
Loyang yang adan gula hangus tadi.kukus 1/2 jam.
 
Bahan A:
1 cawan serbuk koko - nxt time nak kurang kpd 1/2 @ 3/4 cwn
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan minyak masak
satukan bahan dalam periuk.masak dengan api perlahan. kacau hingga bahan sebati dan padamkan api. Sejukkan hingga suam. 

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum - nxt time nak tambah jadi 1 cawan
1 sudu the soda bicarbonate
1 sudu the baking powder
* ayak semua bahan

Bahan C:
4 biji telur...whisk kan sekejap

Step 3: satukan Bahan A, Bahan B dan Bahan C berselang seli. Gaul sebati .
Tuang atas adunan caramel yang telah masak. Kukus 40-50 minit dengan api sederhana.