Thursday, January 31, 2013

Simple and Easy Vanila Cupcake

Salam..

Balik dari hantar anak ke asrama Isnin lepas, setelah cuti hujung minggu panjang di kampung Kelate sempena Maulidur rasul dan Thaipusam, saya rasa macam nak makan kek... Hasrat nak buat vanila cupcake yang menggunakan buttermilk ada tersemat di hati, tetapi memandangkan butter takde stok kat rumah, maka beralih ke resepi yg satu lagi yg hanya menggunakan minyak. Kedua-dua resepi yang saya maksudkan itu adalah dari blog Azie Kitchen.



Maka bermulalah projek cupcake di senja hari. Senang je membuatnya, godek2 dalam 15 minit, bakar another 15 minit, dah boleh makan.. Saya tak letak topping sebab rasa nak makan kek plain sahaja..

Saya salin resepinya di sini:


Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda - kalau tak letak pun saya rasa ok, spy kek lebih padat..
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk pure vanilla extract
1/2 cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.

Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.

Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.

Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.

Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese

Nota;
Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.


Rasanya memang sedap, sementelah saya buat dalam papercup kecil-kecil, memang tak sedar pop, pop masuk mulut.. Sedar-sedar pinggang kain dah ketat :(

Monday, January 14, 2013

Cheese Tart

Salam.

Saya masih ingat entry pertama A Recipe Tester saya letak gambar cheese tart dan pulut mangga. Sejak dari itu, saya memang tak meng-cheese tart sehingga la ke weekend semalam...



Tart shell warna-warni ni saya beli melalui kawan saya. Pembekalnya ialah Elliez De Heart di Bandar Baru Bangi Seksyen 5. Sedap rasa tart shell ni, tak terlalu tebal dan crunchy. Beliau ada gak jual yg biasa (bukan warna-warni). Senang zaman sekarang, beli je tart shell ready-made, balik bancuh isi nyer jek - nak taruk apa, bancuh je.. Tapi senang mesti ada harga yg perlu dibayar, jgn pula compare kos "kalau buat sendiri...". At least tidaklah kita membeli 100%, ala-ala hybrid gituu..

Resepi inti cheese:
250g cream cheese
1/2 cawan gula kastor
30g mentega
1 biji telur
3 sb UHT whipping cream
Filling yang disukai - masukkan dlm piping bag

Cara-cara:
+ Beat cheese, gula dan mentega sampai kembang
+ Masukkan telur, beat dalam 30 saat
+ Masukkan whipping cream, beat dalam 15 saat je..
+ Masukkan dalam piping bag

Cara buat tart:
+ Susun tart shell dalam dulang pembakar
+ Paipkan filling ke dalam tart shell (kuantiti ikut suka)
+ Paipkan cheese sehingga penuh
+ Lorekkan permukaan cheese dengan filling dgn corak disukai
(corak paling standard ialah buat 3-4 garisan kecil 3mm berderet dengan menggunakan filling. Lepas tu, dengan menggunakan lidi pencungkil gigi. tarik dari garisan paling atas hingga melepasi garisan paling akhir)
+ Bakar dengan suhu 150 celcius selama 15 minit.


Eh shell ni ada penutup pulak... :)


Monday, January 7, 2013

Strawberry Crepe

Salam..

Fenomena durian crepe yang menyerang Malaysia di musim durian 2012 sungguh luarbiasa... Segala jenis baka durian menjadi mangsa, yang paling popular mestilah Musang King.. Menurut pengusaha DC yang saya kenali, paling cikai pun mereka akan guna D24 atau 101. Maknanya 'kelunakan' rasa DC amat terletak pada jenis duriannya...logik lah kan!


Sewaktu mula-mula saya mendengar mengenai DC, saya tak teringin pun untuk merasainya kerana menganggap rasanya hanya biasa-biasa sahaja (crepe/lempeng nipis membaluti fresh cream dan isi durian). Tetapi setelah merasai DC buatan kawan saya, rupa-rupanya ada keistimewaan terhadap kombinasi 3 perkara simple tersebut. Patutlah ianya menjadi fenomena...

Walau bagaimana pun, resepi yg saya cuba di sini bukanlah DC tetapi SC (strawberry crepe). Intro di atas hanya sebagai 'motif' percubaan kali ini. Kenapa strawberry? Sebab anak saya nakkan strawberry dan bukannya durian. Saya layan je permintaannya disamping mahu mencuba resepi crepe yg simple dari blog Masam Manis. Saya pernah baca org kata resepi yg yg menggunakan 5 jenis tepung adalah resepi crepe terbaik, tetapi saya tidak tegar utk membeli kelima-lima jenis tepung yang mungkin digunakan sekali ini sahaja. Maka respi Masam Manis adalah pilihan bijak.. Crepe tetap menjadi elok, lembut dan sedap walaupun hanya menggunakan tepung gandum.

Resepinya:

500ml santan (saya guna 200ml santan kotak dan campurkan dengan air menjadi 500ml)
3 biji telur
250g tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Ini saya tambah:
1 sb gula
2 sb minyak jagung

Krim:
1 cawan non-dairy whipping cream
+ Pukul sehingga kental.


Cara-cara:
+ Kacau/whisk telur dan gula di dalam santan sehingga sebati. Masukkan garam.
+ Masukkan tepung gandum dan teruskan whisk.
+ Masukkan minyak. Idea saya memasukkan minyak ke dalam adunan crepe supaya apabila saya memasak crepe nanti saya tidak perlu spray/sapu minyak pada kuali non-stick.
+ Tapis adunan.
+ Panaskan kuali nonstick atau mana-mana kuali anda yg diketahui tidak melekat. Kalau kuali biasa saya rasa kena sapu minyak
+ Pastikan api kecil dan tuang satu senduk adunan ke dalam kuali. Angkat kuali dan gelekkan supaya adunan mengalir ke tepi tetapi masih dalam bentuk bulatan.
+ Bila permukaan crepe dah kering, bolehlah diangkat. Tak perlu terbalikkan. Hati-hati part ni takut crepe koyak.
+ Ambil sekeping crepe dan letakkan krim di tengah-tengahnya. Letakkan hirisan strawberry dan tutup denagn cream semula. Kuantiti krim akan menentukan kegemukan crepe anda :)
+ Lipat crepe disemua hujung membentuk empat segi.
+ Sejukkan sebelum dimakan.







Dorayaki

Selamat Tahun Baru 2013!




Entry tahun 2013 dimulakan dengan menu simple tetapi menarik dan disukai kanak-kanak. Dorayaki aka lempeng Doraemaon... Terlihat hasil air tangan kenalan Jintan Manis yang sungguh menggiurkan. Terus teringin nak buat...

Resepi dari http://airtangansuzie.blogspot.com/2012/11/dorayaki.html:

100gm tepung gandum atau 1 cawan
½ sudu kecil baking soda 
60gm gula halus atau 1/2 cawan
2 sudu besar madu 
2 biji telur 
½ sudu besar minyak masak 
½ sudu kecil esen vanilla

2-3 sudu besar susu segar/cair 


Cara-cara:
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. (umimans guna blender utk part ni hehe..)
2. Masukkan madu, minyak, dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. 
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. 
Masukkan juga susu segar. Kacau adunan secara kaup balik. 
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1 senduk adunan dan biarkan dia mengalir sendiri. Ikut saiz yg dikehendaki. 
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis. 

6. Guna inti kegemaran, saya hanya guna peanut butter..