Entry pertama di bulan puasa tahun ini di hari ke 7 kita berpuasa. Setiap tahun kita semua menanam azam untuk menjadikan Ramadhan thn tersebut menjadi Ramadhan terbaik untuk kita. Berazam untuk beribadat seolah-olah inilah Ramadhan terakhir yang dikurniakan Allah buat kita... Memang itu yang sepatutnya kita lakukan. Kelebihan Ramadhan patut direbut oleh kita semua dan juga menjadi 'madrasah' untuk mendidik tabiat ibadat kita di masa-masa lain walau Ramadhan pergi meninggalkan kita. Membaca al Quran, bertadarus, solat malam, berzikir, beriktikaf di masjid/rumah Allah, bersedekah, mendekati mereka yg kekurangan, menjAuhi amalan sia-sia - bercakap kosong, bergelak ketawa, berlebihan/membazir, apalagi menabur fitnah, mengumpat, etc, etc... Azam untuk khatam al Quran juga sepatutnya kita lakukan kerana sebenarnya ianya sememangnya "doable".. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat keredhaanNya agar ibadat yang dilakukan mendapat keberkatan dan diterima olehNya. INSYAALLAH...
Di bulan puasa ni selalunya jarang kita nak makan kek kan? Kuih muih tradisional yang menjadi pilihan selalunya. Tapi saya 'terbuat' kek coklat moist ni Ahad lepas. Sebenarnya terbuat kek ni sebab tak tahu nak buat kuih apa untuk anak sulung bawak bali, asrama petang Ahad tu. Nak buat jenis pengat/bubur karang susah pulak nak bawak, lagi pun budak2 remaja skang ni bukan suka sangat dengan pengat-pengat ni... Last2 kek ni yang jadinya.. Sememangnya dah lama jugak saya berazam nak try resepi yg saya first time nampak dari Kak Nor, dari sebelum puasa...tapi macam biasa la kita hold dulu kalau ada keperluan lain.
Saya sungguh puashati dengan resepi ni. Memang sedap betul kek ni, moist mmg tahap SIRIM la, dan lembut gebu. Naiknya pun elok je takde nak mendap balik bila dah sejuk. Sebenarnya dah byk kali juga saya mencuba resepi kek coklat kukus, tapi belum jumpa yang betul2 sedap dan kena dengan taste saya. So yang ini memang umphhhh lah! Membuatnya pun senang jer, hanya 3 steps.. Senang kan?
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor * ~ k.nor guna 210gm - memang takleh guna 250g, manissst....
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer.
3. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing (k.nor siram dgn ganache)
Kak Nor kata nak bakar pun boleh...
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
Padamkan api dn.kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dn.kacau.
Biarkan seketika baru dicurah atas kek
* Cara curah tu, pastikan kek dah sejuk betul.. Ganache pulak guna yg masih suam. Tuang di tengah2 kek dan sengetkan ke kiri, kanan sehingga ganache menutupi dan meleleh ke tepi kek. Tak payah ratakan dengan spatula. Kemaskan ganache di bahagian tepi kek.
Yang saya buat ni sempoi je, dah tak dan nak itu-ini, dah pukul 4 nak hantar Ani balik asrama. Maka curah ganache, masa tu kek pun lom sejuk betul, dan terus potong kek masuk tupperware.
No comments:
Post a Comment