Monday, July 22, 2013

Puding Roti

Salam.



Semalam buat puding roti sebagai juadah pemanis mulut berbuka puasa. Juadah ni juga sebagai bekal anak sulung bawa balik ke asrama. Maklumlah di bulan puasa ni, tiap-tiap minggu anak2 asrama dibenarkan balik ke rumah pada hujung minggu untuk bersama keluarga. Bagi yang tinggal tidak jauh dari asrama, peluang ni tak akan ditolak oleh murid (juga ibu-bapa murid :) ), tapi bagi yg tinggal berjauhan nun, agak berputih mata tengok kawan-kawan balik tiap2 minggu. Bersabarlah wahai anak...




Resepi saya ambil dari mana dah lupa. Saya tulis semula di sini:

8 keping roti
500 ml susu segar *
2 biji telur *
1 st esen vanila *
2 sudu besar butter dicairkan (kalau nak kiub kecil2 pun boleh)
3 sudu besar kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis (kalau suka)*

Bahan sos kastad:
1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh esen vanila


Cara-cara:

  1. Campurkan bahan bertanda * dan kacau sehingga gula larut.
  2. Carik-carikkan roti ke dalam adunan dan kacau rata.
  3. Masukkan kismis dan butter.
  4. Biarkan 10 minit dan bakar selama 30 minit 170 darjah celcius atau sehingga permukaan puding kekuningan.
  5. Untuk membuat sos, kacau semua bahan di dalam periuk, dan didihkan sehingga pekat dam masak.
  6. Semasa menghidang, tuangkan sos kastad ke atas puding yang dipotong di dalam piring.

No comments:

Post a Comment