Tuesday, June 23, 2015

Udang Goreng Butter dan Telur Masin

Assalamualaikum. 



Udang/sotong/ketam:
400g udang saiz sederhana
1 biji telur
2sb tepung tempura

Celup udang dalam telur, toskan sedikit telur dan 'bedakkan' dalam tepung tempura sehingga bersalut rata. 
Goreng dengan minyak banyak sehingga kering dan angkat. 

2 biji telur masin - direbus dan dihancurkan dgn garfu
15 tangkai cili api - dihiris serong
3 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 sb butter
1/2 cawan susu cair
2 st gula 

Tumis bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari dengan butter sehingga kekuningan. 
Masukkan telur masin dan kacau rata. 
Masukkan susu cair dan gula. Kacau sehingga mendidih. 
Masukkan udang yg digoreng tadi dan gaul rata. 
Bila dah sebati, bolehlah tutup api dan siap.. 
Hidangkan dengan nasi panas dan tomyam.. 

Koktel Kastad Jagung

Assalamualaikum.


Mengujakan bukan? Terutamanya di bulan puasa ni. Dah lama nak cuba dessert ni, tapi macam biasalah... belum jodoh :)

Resepi ambil dari mybakingworkshop. Saya copy-paste resepinya di sini:

Custard jelly

Bahan2nya:
A
2 paket konyaku jelly (lain2 perisa) / puding sumi

B
1 kotak susu segar (1 liter)
200g gula kaster
4 sb tepung kastard

C
1 tin jagung berkrim
1 tin kacang merah, toskan airnya

D
Ais batu secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Masak konyaku jelly mengikut arahan pada paket. Tuang dalam loyang & biarkan mengeras. Potong segiempat kecil. Boleh juga digantikan dengan puding sumi yang dipotong 4. Simpan dalam peti sejuk.

2. Dalam periuk sederhana besar, satukan semua bahan B. Gaul rata & masak atas api perlahan hingga agak pekat sedikit. Pastikan sentiasa digaul supaya tidak hangus pada bahagian bawahnya.

3. Kemudian, matikan api & masukkan bahan C. Gaul rata. Tutup & biarkan sampai agak suam atau sejuk sepenuhnya. Masukkan jelly yang disejukkan tadi. Gaul rata.

4. Tuang adunan tadi dalam gelas & masukkan ais batu. Sedia untuk dinikmati.

** untuk A, saya hanya menggunakan agar2 segera nona perisa ros. Untuk B, saya guna 1 tin susu cair dan tambah air untuk dijadikan 1 liter. Saya juga skip kacang merah sebab budak2 tak suka. Rasanya kalau masukkan cendol pun best kan?

Friday, June 19, 2015

Kuih Putri Ayu

Assalamualaikum.



Hari pertama puasa saya buat kuih putri ayu yang dah lamaaa saya tak buat. Sampaikan anak saya yg darjah 5 tanya "umi pernah ke buat kuih ni?"... Maknanya masa saya buat dulu samada dia masih kecik atau belum lahir lagi ... :)

Resepi amik dari fb yang ramai org dok share dari page masak-memasak.. Sedap resepi ni dan lembut walau dah semalaman. 

Bahan2:
250g tepung gandum
1 st baking powder
4 biji telur
250g gula kastor
1 sb ovalette
50ml air pandan
200ml santan pekat (guna santan kotak)
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut gaul dengan garam dan sedikit tepung ubi (supaya melekat bila kukus)

Cara2:
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan putih. 
Masukkan santan, air pandan dan tepung. 
Pukul lagi hingga gebu. 
Masukkan pewarna dan kacau sebati. 
Sapu acuan dgn minyak. 
Masukkan sedikit kelapa parut ke dlm acuan dan tekan bagi padat. 
Sudukan adunan sehingga memenuhi acuan. 
Kukus 7-8 minit. 





Thursday, June 18, 2015

Apam Pisang

Assalamualaikum.

Hari ini 1 Ramadhan 1436H. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, syukur ke hadrat ilahi kerana dipertemukan dengan Ramdhan Kareem sekali lagi.. Semoga kita dapat melipat gandakan amalan kebajikan dan ibadat khusus, seterusnya beroleh rahmat dan keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin ya rabbal alamin..


Apam pisang ni serius sedap. Tak rugi membuatnya yang senang bangat.. Lembut, wangi (bergantung kpd jenis pisang kot..pisang berangan mmg wangi. Dan nampak bintik2 urat pisang macam kek pisang yg kita selalu beli tu). Bintik2 coklat tu pulak sebab letak chocolate rice. Kalau tak letak pun xpe, atau kalau nak letak choc chips pun ok utk lebih rasa coklat. Nak buat jadik apam sebiji pun ok kot..

Saya ambik resepi dari http://mybakingworkshop.blogspot.com/2015/04/apam-pisang.html?m=1

Tapi saya olah sikit cara membuatnya. 
Saya tulis semula di sini:

APAM PISANG

Bahan2nya:
250g pisang berangan
280g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
160g susu pekat manis
95g minyak jagung
2 biji telur, gred A

Cara2 membuatnya:
1. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. 

2. Blend semua bahan lain hingga sebati. 

3. Tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Tutup dan biarkan selama 20 minit.

4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan apam & sapukan dengan sedikit minyak.

5. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi.

Saya punya gumuks-gumuks sebab letak adunan hampir penuh acuan..kes nak cepat :)

Sunday, June 7, 2015

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum.

Lama tak buat cekmek baldu merah ni. 
Hari ni pagi Ahad, pagi2 lagi saya godek red velvet cucake ni sebab ada ramai kat rumah hari ni. Bolehlah dimakan beramai2, kalau tidak payah juga nak habiskan 20++ cupcake kalau harapkan penduduk rumah ni je. Kakak ipar dan anak menantu ada di rumah saya untuk menghantar si bujang bongsunya menjalani latihan polis. 

Resepi boleh jenguk dientri sebelum ini. Saya tak pernah bertukar ke resepi lain sbb dah serasi dgn tekak saya resepi ni.