Thursday, December 27, 2012

Kek Coklat (beryogurt)

Salam..

Entry serimuka tak jadi entry penutup sebab saya 'ter'rajin nak masukkan satu lagi resepi yang saya try 2 minggu lepas. Kek Coklat Beryogurt nama asal diberi oleh tuan punya resepi Kak Nor Secubit Garam.


Saya pulak letak perkataan beryogurt dalam kurungan sebab lupa beli yogurt, maka buttermilk menjadi pengganti. Itu pun buttermilk jadian je (susu + lemon). Kek nya lembut, moist dan seperti dikukus walaupun dibakar sebenarnya. Adunan dia sangat cair, mungkin sebab saya ganti yogurt dengan buttermilk tanpa mengurangkan sukatan, membuatkan saya cuak sewaktu nak membakarnya. Takut tak jadi... Tapi alhamdulillah kek menjadi dengan sedapnya... cumanya saya rasa kalau pakai buttermilk kena kurangkan ke 3/4 cawan je. Next time nak buat lagi dengan yogurt spt resepi asal.


Resepi copy dari blog Kak Nor:

KEK COKLAT BERYOGURTsumber : inahar's cooking time
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)- menghasilkan kek yg besar.
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang 
1 cawan cocoa powder
1 cawan susu pekat manis ~ k.nor guna 1/2 cawan jer
2 tsp baking powder*
1 tsp baking soda*
3 biji telur
1 cawan yogurt - umimans pakai buttermilk (3/4 cawan je cukup)
1 cawan corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam,
1 cawan air biasa (boleh juga dicampur 1suduteh nescafe ngan 1 caw air panas)

Cara Membuatnya:
Ayak bahan * sekaligus
Pukul sekejap semua bahan.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 hingga 60 minit bergantung kpd oven memasing ye .

Bahan Topping/Ganache:-
300 gm dark chocolate compaund (guna jenama beryl's)
1 sudu teh esen vanila
150ml susu segar
sedikit butter 

Cara:
Semua bahan diatas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat. sejukkan sedikit sebelum dihias atas kek.
* cara k.nor, panaskan susu cair menggunakan kaedah double boiler, bila susu dah panas, masukkan cooking chocolate yg dah dipotong kecil. kacau hingga coklat cair, padamkan api dan masukkan butter. kacau lagi hingga butter cair . kacau hingga sebati.

Jemput makan..

Monday, December 24, 2012

Serimuka

Salam hujung tahun...

2012 bakal melabuhkan tirainya kurang seminggu lagi. Saya kira ini entry penutup tahun ini jika tiada kerajinan mengupdate blog dalam 3-4 hari ini.


Kuih serimuka juadah penutup tahun. Tiada yang istimewa dengan resepi ini kecuali jika rajin membuatnya, akan dapat suai rasa dengan tekak masing-masing..

Saya buat serimuka dua hari turut-turut hehe... kena rasuk dengan jin serimuka..
Hari Sabtu buat yang biasa, hari Ahad buat taruk durian. Orang lain tengah gila buat durian crepe, saya serimuka durian je lah.. Semangat belum kental mahu cuba membuat DC..


versi biasa...



versi durian...


Resepi:

Lapisan pulut:
2 cawan beras pulut - rendam sekurang-kurangnya 1 jam
1 cawan pati santan
1 st garam

- masuk semua bahan dalam loyang
- tambah air sehingga beras pulut terendam 1 cm.
- kukus sehingga masak
- setelah masak dan ketika masih panas, tekan dengan senduk sehingga mampat dan kemas.

Lapisan bawah:
2 cawan pati santan (saya guna santan RM1.50 dan tambah air)
3 biji telur
4 sb tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan
1/2 st garam
2-3 ulas isi durian (kalau suka)

- blend semua bahan
- kacau atas api sampai berwap (jgn didih)
- tuang atas pulut dan kukus 30-35 minit


Monday, December 10, 2012

Salam kembali ke sekolah..opsss!! ke alam siber: Cheese Biscuit Pudding (2)

Hehehe.. Genap 2 bulan blog ku menyepi. Banyaklah faktor menyumbang kepada kesepian blog ini, tak yah cerita lah. Empunya blog alhamdulillah masih dikurniakan nikmat sihat dan lapang, dan yang penting tak ada penyebab serius yg boleh menyebabkan blog ni terus sepi..





Dipersembahkan pemanis mulut yang lemak berkrim ini sebagai peyambung nafas A Recipe Tester...
Dulu pernah buat sekali kat sini, tapi  kali ni tukar pakai biskut pakai Digestive. Puding ni macam puding Pesona yg ada dalam kebanyakan blog, cuma lain sikit je. Pakai biskut Digestive lebih sedap bebanding pakai biskut cream cracker dahulu. Senang banget membuatnya. Khasiatnya memang tidak dapat dinafikan, mungkin boleh menyamai kalori sebiji BigMac dalam setiap piring..hehehe (sorry.. saya lom bawa gi makmal untuk ukur kalori dia).

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut Digestive (tak habis pun tinggal lagi dalam 3-4 leping)
250g cream cheese
250ml dairy whipping cream
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Pukul cream chesse sehingga berkrim (tiada lump)
  2. Masukkan whipping cream dan susu pekat manis. Pukul sampai kembang (dalam 5 minit)
  3. Susun biskut Digestive dalam mangkuk kaserol atau tupperware pun boleh. (Sebab biskut Digestive ni bulat, pandai2 lah susun bagi memenuhi dasar mangkuk - patah2kan biskut letak celah2 ruang antara biskut yg susun sekeping-sekeping)
  4. Ratakan adunan cheese atas biskut. Guna belakang sudu je.
  5. Susun lagi biskut. Ratakan cheese lagi.
  6. Ulang sampai habis (boleh dapat 3 lapisan biskut, ikut saiz loyang)
  7. Sejukkan dalam peti ais minimum 4 jam, semalaman lagi elok. Pastikan peti ais anda bebas durian bagi mengelak kejadian tidak diingini...hehehe


Rupa setelah disejukkan.. Cheese cream tu cepat cair bila keluar dari peti ais..

Tekstur biskut Digestive lebih berserat dan well-blended dgn cheese..

Yummeh!!!

Tuesday, October 9, 2012

Chocolate Banana Muffin

Assalamualaikum.

Rasa terharu pulak dapat buat muffin pisang coklat yang sungguh sedap, lembut dan moist. Sampaikan 2 hari berturut-turut saya buat. Lagi pun satu adunan dapat 17-18 biji je, mana puas makan dengan kat rumah ni ada 4 kanak2... Buatan kali kedua tu sebab anak no 2 yang beriya-iya suruh buat lagi di samping pisang yang masih berbaki. Buatan kali pertama dia tak puas makanle tu sebab kakak sulung bawak balik asrama 10 ketul. :)

Inspirasi nak buat choc banana muffin ni ada 2:

  • nak guna silicone cupcake mould yang baru beli dari 1001shoppe


Tapi disebabkan nak cepat, saya telah melakukan perubahan hampir 80% terhadap cara membuatnya, 20% terhadap bahan2nya. Memang jadi ringkas dan senang gila. Nasib baik muffin ni menjadi dan saya teramat2 gembira sebab muffin ni sedap dan gebu...





Begini resepi saya:

100g minyak jagung (menggantikan butter)
1 biji telur
120g gula castor
4 biji pisang (saya guna pisang bunga)
1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan susu segar dicampurkan dengan 1 sb cuka (menggantikan sour cream)
1/2 st garam
150g tepung gandum
1 st soda bica
1st esen vanila
1 sb serbuk koko (resepi asal 2 sudu)
1 cawan chocolate chips
Badam cincang untuk hiasan


Cara membuat:
  1. Masukkan semua bahan dari minyak jagung hingga garam dalam list di atas ke dalam blender. Ye blender. Kisah sampai halus semua (dalam 1-2 minit)
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, serbuk koko dan soda bica yang telah diayak terlebih dahulu. Kacau sebati.
  3. Masukkan chocolate chips dan gaul sebati.
  4. Sudukan ke dalam papercup yang disusun dalam acuan muffin. Tapi saya guna silicone mould yg tak dialas (best wooo acuan ni, senang nak keluarkan kek dan tak melekat langsung)
  5. Taburkan choc chips dan badam cincang sebagai hiasan.
  6. Bakar dengan suhu 170c selama 15-17 minit atau sehingga kek masak. (test dengan lidi or cake tester)



Ni yang buat first time, tak letak badam cincang sebagai hiasan. Tengok choc chip yang mencair kat dalam tu, pergh...





Tengok ni betapa moist muffin ni selepas semalaman.. dapnyer.. 
Tapi makan suam-suam lagi heaven, kena lak dengan secangkir teh.


Pineapple Cupcake

Assalamualaikum.

Azlita Aziz sering mengujakan saya untuk mencuba resepi-resepinya. Saya tahu, kepakaran dia mengambil gambar dan food presentation skill yang dia ada, telah berjaya memancing saya dan ramai lagi untuk rajin ke dapur. Malah, resepi-resepinya juga tidak rugi dicuba kerana memang sedap dan menjadi.
Moga beliau beroleh pahala atas kebajikan yang diberikan.


Kek cawan nenas ni adalah antara resepi yg diinspirasikan oleh beliau... Asalkan resepinya mudah dan tak de barang-barang pelik, cepat je saya nak mencubanya. Rasanya sedap, berserat dengan nenas kena pulak dengan cream cheese frosting. Cuma texture kek ni agak kasar, bukannya gebu macam kek butter mungkin kerana komposisi nenas tersebut.

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE
source: Azlita Aziz

6 keping nenas gelang dalam tin (saya guna nenas kiub 3/4 tin - tanpa airnya)
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus 
3 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
1 sudu teh pes nenas (saya skip)
1/2 sudu teh garam (saya tambah)

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali tepun dan baking powder
Kisar hingga halus
Tuangkan bahan yang di kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Campurkan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati
Tuangkan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam loyang muffin
bakar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek masak
Kemudian boleh lah deco mengikut creativiti


Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.





Thursday, September 27, 2012

Kek Butter

Assalamualaikum.

Teringin nak makan kek butter. Maka godeklah kek butter sehari selepas godek kek coklat ABC. Memang patutlah rasa badan berat semacam sekarang ni, baju-baju semua sendat... Redha jer lah.. :(




Guna resepi CMG tapi tak letak lemon, jadi la kek butter biasa. Resepinya:

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur gred A
1 biji lemon, parut kulitnya (hanya yang bahagian kuning)
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 cawan susu segar
7 biji ceri merah, belah 2 setiap satu - saya tak guna
7 biji ceri hijau, belah 2 setiap satu - 
saya tak guna
Badam cincang untuk hiasan - 
saya guna walnut (bakar sekejap, patah2kan)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Saya guna loyang bulat 8 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
  3. Masukkan parutan kulit lemon dan esen vanilla. putar rata. 
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar sebati.
  5. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur walnut cincang. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. 
  6. Biar sejuk sekejap dan keluarkan kek, sejukkan sepenuhnya atas jaringan..


Tuesday, September 25, 2012

Kek Coklat... semudah A, B, C

Asslamualaikum.

Senang betul (senang giler cakap orang muda...) buat kek ni. Anak2 sekolah rendah pun boleh buat, kalau tahu kendalikan oven masa nak membakarnya.

Resepi ni diambil dari satu blog Azie Kitchen, menarik blog ni dan tuan dia without fail akan update blog boleh dikatakan setiap hari. Salute.

Tepek resepi kat sini:


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's --> saya pakai serbuk koko biasa je.. 
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 tsp vanilla extract
1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe)

Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.

Sangat mudah kan? Semudah A, B, C...

Ini wajah kek yg saya buat menggunakan resepi di atas.. Saya sapu nipis je chocolate ganache, lebihan yg dah pakai sebelum ni. 

Sedap, lembut dan moist..





Kek baru masak...

Tuesday, September 18, 2012

Raya.. raya.. raya.... Soto Jawa

Syawal 1433H telah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas. Jamuan-jamuan raya dan open house (mungkin) telah pun berakhir semalam 1 Zulkaedah. Selalunya 'penanda' tamatnya musim raya apabila corong2 radio dan televisyen mula memperdengarkan berita penerbangan jemah-jemaah haji ke Madinah/Mekah. Yang tidak (dapat) turut serta di musim haji kali ini, hanya dapat menghantar pergi jemaah dengan sejuta pengharapan agar bakal turut serta suatu tahun nanti. Yang masih belum ada rezeki untuk melakukan rukun Islam ke-5 ini, pastinya bergelodak jiwa menanti bilakah giliran akan tiba. Yang dah menerima 'jemputan' haji daripadaNya pun tak terlepas dari menanam azam untuk kembali ke sana lagi...

Raya lepas, saya rasa soto adalah menu wajib ada kat mana-mana tempat yang saya pergi, termasuk lah rumah saya sendiri :). Hari ini, saya rasa saya tak mau makan soto lagi sebab dah muak sangat. Tapi mungkin pengakuan ini bertahan 2-3 minggu saja, lepas tu teringin lagi. Nafsu makan macam tu lah...

*Gambar ihsan jamuan raya yang ada rupa bergedil dan kawan-kawan soto yang lain-lain je.. Kawan-kawan nasi arab pun nak menempel dalam ini gamba..

Kali ni, saya nak tulis resepi soto yang dibuat di rumah saya. Resepi ini bibik saya yang punya, dan dibilangnya ini ialah soto Jawa. Saya angguk saja sebab saya tak arif sangat bab jenis2 soto ni :)
Apa yang menarik pasal resepi ni, "saya suka, saya suka.. " macam kata Mei Mei dalam kartun Upin Ipin.
Setakat ini, tekak saya kata inilah soto terbaik...

Untuk 1 ekor ayam:

Bahan 1:
1 ekor ayam dipotong empat
- Direbus dengan air yang banyak untuk sup soto sehingga ayam empuk. Jangan lupa masukkan garam.

Bahan 2 - diblend:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 biji buah keras
1 st ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
Sedikit kunyit
1 st lada putih

Bahan 3:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 batang serai - ketuk
2 inci lengkuas - ketuk
3-4 helai daun limau putut

Bahan 4:
1 labu bawang putih di hiris nipis dan di goreng garing.
Sepokok daun bawang di potong 2-3 inci panjang.


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis Bahan 2 bersama-sama dengan Bahan 3 sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk ayam. Biarkan seketika agar rempah menyerap ke dalam ayam. Jangan lama sangat nanti ayam lerai... :)
  3. Keluarkan ayam dari periuk sup. Kalau suka, ayam digoreng dahulu sebelum disiat isinya. Ketepikan.
  4. Perasakan garam dan gula (kalau suka) dalam sup. Sebelum tutup api, masukkan Bahan 4. Tutup periuk.
  5. Dah siap ayam dan supnya.

Bergedil (kawan baik soto..)

Bahan a:
1 kg kentang - di hiris 1/2 cm tebal
- Goreng kentang sehingga masak dan kekuningan (jgn kuning sangat).
- Tumbuk lumat ketika masih panas.

Bahan b:
200 gm daging kisar
2 ulas bawang putih, cincang
- Tumis bawang putih, masukkan daging kisar. Tumis sehingga daging masak dan kering.

Bahan c:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
- Kedua-dua bawang ini digoreng seketika (ketika menggoreng kentang, campak sekali bawang).
- Selepas itu ditumbuk lumat.

Bahan d:
- Daun saderi dihiris halus
- Bawang goreng

  1. Gaulkan kesemua bahan a, b c dan d di atas dalam mangkuk besar. 
  2. Perisakan dengan garam, gula, dan serbuk lada putih.
  3. Gentel bulat/bujur/leper ikut suka... 
  4. Celupkan dalam telur yag dipukul sedikit dan goreng hingga kekuningan/perang.






Friday, September 14, 2012

Makaroni Bakar

Assalamualaikum.

Hari Rabu lepas last day puasa ganti di bulan Syawal... Husband pulak last day puasa enam. Alhamdulillah.

Teringin nak makan something lain, selain dari nasi untuk berbuka puasa. Maka teringat makaroni bakar. Balik dari kerja, cepat-sepat singsing lengan baju. Tak payah sangat sebab rencah utk lauk daging kisar makaroni bakar ni saya suka guna pasta sauce. Ada yang suka rencah kari, terpulanglah pada selera masing-masing. Pasta sauce guna yang dalam botol Prego tu je, cepat, ringkas dan sedap.

Resepi ada kat post terdahulu.

Tengah-tengah bersilat dengan makaroni bakar kat dapur, husband bawak balik 2 kotak Domino's pizza. Rupanya dia pun teringin nak makan something barat. Orang tua pun tak boleh blah selera buka puasa rupanya... :) :)
Kira raya puasa enam kami ngan pizza dan makaroni bakar lah hari tu. Syukur ya Allah atas limpah rezeki Mu..




Wednesday, September 12, 2012

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Assalamualaikum.

Genap satu bulan blog ini menyepi...

Tanpa perlu menjelaskan kenapa ianya sepi, hari ini saya nak update dan share dengan satu resepi yang saya dah klik "Like". Klik kat mana? Kat kotak fikiran saya sendiri :) :)



Kek ni sebenarnya similar dengan brownies kukus lapis cheese, cuma tidak menggunakan tepung premix brownies kukus yang ada dijual di kedai bakeri. Kek ni buat dari scretch - adun gula, telur, tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko, etc.

Mencedok aka mencuba resepi dari blogger masyhur, Azlita Aziz di blognya, Masam Manis.

Setelah mencuba dan merasa sendiri, maka butang "Like" telah diklik dikotak fikiran saya, lalu perlu diabadikan di blog sendiri saya kira, agar tidak terlupa suatu hari nanti...




http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/09/kek-lapis-kukus-cream-cheese.html

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc (saya guna loyang square 8 x 8 inci)
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.




Monday, August 13, 2012

Tart bunga untuk raya..

Buat 2 resepi kali ni, satu yg dah penah buat dulu sebelum puasa, satu lagi pakai resepi KNor Secubit Garam yang tambah minyak sapi. Yang pakai minyak sapi ni lagi lemak rasanya.. Sedap.. Resepi tart yang pakai cheddar cheese pulak menunggu saya untuk mencubanya. Tunggu...

Gambo depan tu yg pakai minyak sapi, tadak beza dari segi lahiriah. Rohaniah ada beza haha...

1 buku butter 250g
2 sb gula castor
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
31/2 cawan tepung gandum
1 sb tepung kastad
2 sb tepung jagung
(kalau nak pakai tepung gandum sahaja pun takpe)

-pukul butter dan gula sampai creamy
-masukkan minyak sapi, telur dan esen vanila
- masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan manjadi doh yg lembut.
-kalau nak buat tart gulung, picit doh dlm acuam semperit, letak jem nenas yg telah digentel lonjong dan gulung kemas.
-kalau nak buat tart bunga, canai doh dan terap bentuk bunga. Angkat dan masukkan dlm tin biskut peanut butter atau tin tartlet yg paling kecil. Isikan jem yg telah dibulatkan di tengah-tengah.
-bakar selama 12-14 minit.

Sunday, August 12, 2012

Almond Stripe Chocolate

Bahan-bahan:

1 kg almond stripe (badam yg dihiris memanjang)
650 g dark chocolate
Papercup kecil secukupnya

Cara-cara:

1. Almond dibakar terlebih dahulu selama lebihkurang 15 minit. Boleh balik-balikkan semasa membakar. Sejukkan.

2. Cairkan chocolate secara double boil.

3. Masukkan almond dan gaul sebati.

4. Sudukan ke dalam papercup.

5. Biarksn keras dan sejuk baru dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Wednesday, July 4, 2012

Kek Teh Kastad

Alih suara bahasa nama kek ni daripada english name dia - custard teacake. Omputih suka bagi nama kek ikut kesesuaian kek dinikmati, waktu minum teh namanya teacake. Orang kita kalau kek, kek je lah boleh dinikmati ikut suka masa anak tekak nak makan. Agaknya sebab omputih kuih derang kek je kut eh, dengan segala variety pastries je. Orang kita pulak ada banyak lagi jenih kuih muih - kuih talam, keria, karipap, putu mayam, belum masuk kepok lekor, nasi impit, cakar ayam, etc... hehehe mewah sungguh Malaysia ku dengan makanan, kena dapat jolokan syurga makanan nih. Actually semua negara Asia macam ni rasanya.




Jumaat baru-baru ni anak no 2 yg nak macam anak omputih tak, nak mcm anak Italy pun tak, Spain lagi la, nak kata Siam pun tak, intan payung sorang tu tetiba mengidam nak kek ni. Budak, bukan tahu nama kek, yg dia tahu describe based on penampilan kek tu "Umi buatla kek yang kat dalam dia ada inti tu, yang kat luar dia keras-keras sikit, yang Umi tabur serbuk putih atas dia tu... dah lama tak makan..." begitulah bunyi pujuk rayu dia. Kebetulan pulak butter ada lebih-lebihan je kat rumah, tak ada yang seketul baru, timbang2 dapat la 130g gitu, maka saya pun buatla demi selera tekak anak sorang ni. Makanya dapat buat satu adunan je la, selalu buat double supaya puas makan (adunan dia saiz small).

Sebenarnya ini ulangan kali ke-2 kat blog ni, first time kat sini. Antara resepi yang dah masuk list favourite saya. (Terima kasih pada Kak Ida koleksi1001 resepi yang memperkenalkan saya resepi ini)





bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

Tuesday, June 26, 2012

I'm craving for this...but...

But... kemalasan melanda sekarang ni.. What to do, nak beli tak tahu kat mana yang memenuhi selera...
Arghhh!!!


Friday, June 22, 2012

Marble Cupcake

Sometimes, basic is better...

Bila dah selalu sangat makan macam2 jenis kek continental la ni - kek red velvet lah, italian rainbow lah, tiramisu lah, all sort of cheesecake lah, kadang2 bila makan kek butter biasa ni sedap sungguh. Tambah la kalau makan masa panas2, kena pulak dengan kopi/teh O panas, uihhh heaven sungguh...

Kek butter/marble buat sebagai cupcake pun boleh jugak, tak perlu alter pun recipe tu sebab cupcake is just a smaller version of normal cake. Guna resepi dari Secubit Garam lagi... cuma saya takde chocolate chips kat rumah so tak letak. Lembut kek ni dan teksur dia halus. I think any butter cake recipe will do, but this recipe is quite convenient to do and guaranteed menjadik! Really recommended.




Tuesday, June 12, 2012

Pertama kali pakai tepung suji...

Assalamualaikum.

Saya suka makan kuih talam, talam apa-apa je lah. Talam keladi, talam suji, kuih serimuka (kategori kuih talam gak ke? Tapi serius, saya memang suka bangat dengan serimuka especially yg campur pulut putih dengan pulut hitam...nyum) Membuat talam, eh chop, membuat kuih talam, yang saya tak berapa sukanya...hehe...

Pada saya membuat kuih talam memerlukan kepakaran yang tinggi bagi memastikan kuih talam tu cantik, sedap dan mencapai standard kuih talam yang sepatutnya. Apa pendapat anda terhadap gambar kuih talam kat atas nu? Confirm tak memenuhi standard kuih talam kan? Hehe... Jom kita audit berdasarkan penampilan dia je dulu (nak audit rasa dia, saya je yg dah makan...) Kuih talam di atas tidak mencapai standard kuih talam kerana: satu, sebab tekstur permukaan tu menggerutu dan tak licin. Dua, sebab teksur lapisan hijau tu macam tak cukup lemak dan macam lebih tepung. Tiga, sebab warna hijau tu nampak tak asli daun pandan atau terlebih pewarna... Empat, sebab....

Hahaha...melalut betullah saya pegi audit kuih talam buatan sendiri...

Apa-apa pun, credit to myself sebab diberikan kekuatan dan semangat untuk mencuba kuih talam suji lapis pandan ni. Seperti biasa, motivation untuk mencuba pasti dari blog walking ke blog2 pakar2 memasak yang tumboh bagikan cendawan selepas hujan sekarang ni. Blog yg saya maksudkan ialah blog 'Sinar Kehidupanku'. Saya tak kenal sangat empunya blog ni, tapi talam yang dia buat sangatlah tempting...

Macam saya katakan tadi, membuat kuih talam memerlukan kepakaran dan deria mengecam tekstur yang tinggi. Saya berazam akan mencuba lagi di masa akan datang untuk mencapai hasil terbaik.. Wallahualam.

Jemput makan pancake ni sekali. Yang ni pakai instant pancake premx je. Bancuh dengan susu dan telur. Dah.


Wednesday, May 9, 2012

Tart Nenas Bunga

Cookie kegemaran saya nombor satu... sejak dari zaman persekolahan lagi berkecimpung dalam bidang pembuatan tart, tapi untuk hidangan hari raya keluarga sendiri je lah, bukan buat jualan pun. Tapi sejak dah kerja ni, acapkali jugak menikmati tart 'tunjuk' je memandangakn *sibuk* dan tak sempat buat (can also be read as *malas*). Bentuk tart nenas pun dah banyak kali berevolusi - dari zaman tart bunga tekap yg lekuk kat tengah, masuk ke zaman tart gulung, tart inti kat dalam dan gunting2 sikit kat luar (jadi lah corak nenas) sampailah ke bentuk macam2 bunga.

Bercerita bab tart bunga, first time saya lihat dan beli dari seorang kawan ofis. Teruja betul dengan kekemasan bentuk kelopak 5, melengkung cantik membentuk 'mangkuk' dengan jem nenas yg dibulatkan sebesar biji guli di tengah2 membuatkan saya begitu terpesona... Setiap kali nak masuk mulut, pasti saya belek dan 'nikmati' rupa paras dia dahulu, baru ngap. Dengan rasa dia yg lemak, manis masam jem nenas dan cair di mulut, pasti saya mengunyah sambil menutup mata bagi melakukan satu penghayatan peringkat tertinggi... Perghh.. begitu sekali mendescribe kegilaan saya terhadap tart.


Motivasi yang saya dapat untuk mencuba membuat sendiri tart bunga ini adalah berpunca dari keterujaan saya dengan kekemasan dan jelas tampak gebu sekali (pastry kelopak bunga tidak disapu dengan kuning telur, jadi gebu dia asli tanpa tampalan 'foundation'). Maka saya telah mencari alatan yang diperlukan iaitu seperti gambar ini:


Resepi pula saya gunakan resepi yang digunakan sejak bertahun-tahun:

250g butter (guna pure butter untuk rasa lebih lemak)
3-4 sb gula aising
2 biji kuning telur
1 st esen vanila
3 cawan tepung gandum
3 sb tepung jagung

- Pukul butter dan gula aising hingga berkrim.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata
- Masukkan esen vanila
- Akhir sekali masukkan kedua-dua jenis tepung. Kacau rata sehingga menjadi satu doh lembut. Jangan uli.
(Kuantiti tepung juga perlu diagak agar tidak terlalu keras - pastry tart akan patah, atau terlalu lembik - pastry tart akan 'rebah' bentuk)
- Canai adunan setebal 1/3 inci, terap dengan acuan bunga 5 kelopak. Angkat dan masukkan dalam acuan biskut peanut butter (seperti gambar di atas). Perlu berhati-hati agar dasar bunga tidak patah. Saya buat macam ni - sebelum masukkan ke dalam acuan, picit dulu kelopak bunga tu agar dia sedikit melengkung, barulah dimasukkan ke dalam acuan. Kalau pecah sikit2 tak apa, sebab masa bakar nanti dia
boleh bertaut balik.
- Letakkan inti jem nenas di tengah-tengah (bulat-bulatkan dahulu sebesar biji guli atau kecil sedikit)
- Bakar dengan suhu 170C (ikut jenis oven) selama 12 - 14 minit.



Walaaa!

Monday, April 30, 2012

Rainbow Cake with Buttercream Frosting

Assalamualaikum.

Kali kedua buat kek rainbow. Kali pertama pakai resepi dari blog Kak Zu Semanis Gula.
Saya suka kek ni sebab color dia cantik dan ceria. Bila tengok gambar-gambar kek ni kat blog dan FB, ralit je duk tengok warna-warna ceria dia tu. Saya pun dah tahu cara orang susun warna tu ikut warna pelangi - mula dari bawah dengan purple, pastu biru, hijau, kuning, oren dan atas sekali merah.

Kali ni saya buat guna adunan premix butter cake beli dari kedai bakeri. Banyaknya butter yg diperlukan oleh premix ni - 375g (1 setengah buku). Saya ikutkan je, nak mengalterkan takut tak jadi pulak sebab belum penah try beli premix ni.

Bahan-bahan:
500g premix butter cake
375g butter
275g eggs (dalam 5 biji)

Semua ni bahan yg dikehendaki/tertulis kat pack tu. Mula-mula pukul premix dengan butter 7 minit. Pastu masukkan telur pukul lagi 5 minit - that were exactly the instructions on the pack.

Pastu saya bahagi 5 bahagian dan warnakan purple, biru, hijau, kuning dan merah. 5 je. Hahaha... tak cukup jugak 6 warna kali ni, niat dihati nak buat 6 warna cewahh. Sebabnya salah kira bekas. Bila dah siap tompok dalam bekas2 tu baru perasan 5 je. Malas la pulak nak cedok sikit2 from each bowl. So biarkan je. Tapi nasib baik juga saya buat 5 je, sebab kek ni naik tinggi masa bakar, tapi bila sejuk dia turun balik.

Untuk krim pulak, pakai buttercream kali ni (dulu pakai fresh cream). Maknanya akan adalah nanti versi cheesecream pulak...tunguuu!

Buttercream:
250g krimwell
60g butter
2 sudu besar susu pekat manis (optional)
5-6 sudu besar gula aising
Pukul semua bahan ni dengan kelajuan tinggi sampai dia double up the volume dan berwarna putih. It took about 10-15 minutes.





Cheers!

Tuesday, April 3, 2012

Roti sosej budak sekolah

Resepi takyah tulih la, dari gambar dah nampak dah. Lagipun buat malu je nak panggi 'resepi'.