Salam...
Sebelum ni, saya tak pernah cuba membuat variasi masakan spaghetti selain bolognese atau carbonara. Itu pun pakai spaghetti sauce ready dlm tin/botol je :). Bila terpandang angel hair lemak pedas Kak Nor, terdetik nak cuba. Tertarik dgn kuah yg berwarna putih ala-ala white sauce yang lemak masin tu. Tapi resepi Kak Nor ni tak pakai cheese langsung hanya susu cair sebab resepi ni lebih nak 'menonjolkan' rasa pedas bukannya rasa cheese. Apa-apa pun, mak suka, mak suka...resepi ni :). Sekarang saya dah ada satu resepi lain utk spaghetti kegemaran saya. Saya agak la kan.. resepi ni sesuai dgn apa jua jenis pasta yg panjang berurai - spaghetti, angel hair/vermicelli ataupun linguine.. betul tak? (sapa nak jawab ni?)
Inilah hasilnya..
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Sagu Gula Merah
Sejenis kuih melayu lama yang amat sedap dijadikan hidangan pencuci mulut. Lebih-lebih lagi kalau disejukkan atau diletak seketul dua ais. Amat ringkas dan mudah disediakan.
- Masak air sehingga mendidih anggaran 3 cawan.
- Masukkan 1 cawan sagu kecil yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam air yang telah mendidih,
- Kacau sehingga masak dan bahagian tengah sagu yang berwarna putih mengecil. Jika air kurang, tambahkan air panas dan teruskan mengacau. Jangan terlebih air sehingga kesemua warna putih sagu hilang kerana sagu akanmenjadi terlalu lembik.
- Bila dah keluar buih blup..blup maknanya sagu telah masak dan tutup api.
- Masukkan dalam acuan kecil-kecil kegemaran anda atau boleh juga dimasukkan dalam loyang atau bekas besar. Sejukkan.
- Untuk santan, masukkan 1 cawan santan pekat, 1 cawan air dan sehelai daun pandan ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga mendidih. Bila mendidih masukkan bancuhan 1 s.b tepung jagung + 1/3 cawan air. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api.
- Untuk air gula merah, boleh guna apa sahaja gula merah (gula kabung, gula nisan, gula melaka, gula merah hancur dsb.). Caranya letak gula dalam periuk, masukkan sedikit sahaja air. Boleh juga letak daun pandan. Kacau sampai mendidih.
- Untuk menghidang, tuangkan sagu dari acuan kecil dan letak dalam mangkuk. Siram dengan santan kemudian gula merah. Hmmm.. dapat rasa nyamannya sagu yg sejuk lalu ditekak... Buat buka puasa memang ngetop..
Saturday, June 11, 2011
Puding Gula Hangus Beroti
Pelik pulak perkataan 'beroti' tu. Apa yang dimaksudkan ialah, puding ni ada dimasukkan roti sebagai salah satu bahan. Nak letak nama puding roti gula hangus, puding roti adalah sejenis puding lain. Ini ialah puding gula hangus (karamel), cuma dimasukkan sedikit roti sebagai agen pemekat.
Seperti yang ramai orang tahu, puding karamel adala puding yang pakai telur dan susu sebagai bahan utama. Justeru, ada yang pakai kastad atau tepung jagung sebagai agen pengeras atau ada yang biarkan telur saja yang memekat sendiri. Kalau resepi yang tak pakai pemekat, mesti telurnya banyak..
Ini bukan resepi baru pun, saya sendiri pernah cuba suatu ketika dahulu tapi hasilnya tak begitu memuaskan seperti yang buat kali ini. Resepi ni saya ambil dari Kak Nor. Tapi saya kurangkan roti jadi 3 keping saja sebab rasanya 4 keping terlalu banyak. Alhamdulillah, jadi cantik, licin dan sedap...
Anak-anak semua suka puding karamel ni, masak je terus potong makan, dalam 10 minit tinggal 3 slice..:)
Seperti yang ramai orang tahu, puding karamel adala puding yang pakai telur dan susu sebagai bahan utama. Justeru, ada yang pakai kastad atau tepung jagung sebagai agen pengeras atau ada yang biarkan telur saja yang memekat sendiri. Kalau resepi yang tak pakai pemekat, mesti telurnya banyak..
Ini bukan resepi baru pun, saya sendiri pernah cuba suatu ketika dahulu tapi hasilnya tak begitu memuaskan seperti yang buat kali ini. Resepi ni saya ambil dari Kak Nor. Tapi saya kurangkan roti jadi 3 keping saja sebab rasanya 4 keping terlalu banyak. Alhamdulillah, jadi cantik, licin dan sedap...
Thursday, June 9, 2011
Red Velvet lagi...
Semalam ambik cuti gantian Keputeraan Yang DiPertuan Agong yang jatuh pada Sabtu lepas. Saja je cuti mengingatkan anak-anak semua kat rumah di musim cuti sekolah ni, kesian diaorang tak tengok muka ummi seharian. Ngeh..ngeh..ngeh.. Tak ada plan pun nak bawak diorang jalan-jalan memandangkan saya sorang je cuti, abah nya tak. Tapi lepas lunch keluar juga pergi Jusco Balakong beli kasut sekolah Ani yg mengadu kasut dah koyak dan ketat. Baru 6 bulan pakai dah ketat, tak tahu lah dah masuk sekolah menengah nanti saiz berapa kena pakai.
Pagi tu sempat buat rek velvet cupcake yang diminta oleh kawan. First time buat RV untuk orang, gementar juga takut tak sedap dan tak yang lain-lainnya. To Karin, minta maaflah kalau ada yang tak memenuhi selera.
Just to share a simple tip for cake deco item - use your own colored sugar. I myself got this idea from YouTube. Put coarse sugar into a zip plastic bag, then drop in 2-3 drops of coloring. Zip the bag and shake it generously. Tadaaa.. you have got your own deco item.
Here are the cuppies decorated using the colored sugar.. Nice, isn't it? But the sugar will not be lasting in normal room temperature because it starts to melt after about 1 hour especially when there is fan wind.
Pagi tu sempat buat rek velvet cupcake yang diminta oleh kawan. First time buat RV untuk orang, gementar juga takut tak sedap dan tak yang lain-lainnya. To Karin, minta maaflah kalau ada yang tak memenuhi selera.
Here are the cuppies decorated using the colored sugar.. Nice, isn't it? But the sugar will not be lasting in normal room temperature because it starts to melt after about 1 hour especially when there is fan wind.
Actually, it was not my intention in baking to be a cake seller. It's just because of my passion in baking and I would love to try any recipe, and then eat it! Terima kasih ma kerana telah menanamkan minat buat kek sejak dari saya kecik lagi. Ma (arwah mak saya) bukannya penjual kek dan surirumah, dia ustazah. Tapi dia suka buat kuih kalau ada masa lapang. Yang paling saya ingat, time raya kami dikerah jadi 'mixer'. Dulu tahun 80-an, jarang-jarang orang ada mixer lagi. So hand beat lah semua adunan kek tu. Bergilir-gilir kami 'putar' adunan dengan senduk kayu sampai kembang. Bila dah kembang, ma akan amik balik mangkuk adunan tu dan teruskan sampai siap. Kami perati je dan tukang makan kek tu nanti...
Anyway, terima kasih Ma atas SATU tunjuk ajar ini dari berjuta yang lain...
Friday, May 27, 2011
Red Velvet
Salam...
Populariti kek ni naik mendadak sejak 2-3 tahun lepas lagi. 2010 dan 2011 ni mungkin kemuncak kut kegemilangan red velvet. Saya sendiri pun baru tahu pasal kek ni lepas balik haji tahun lepas. Masa tu teruja dengan populariti dia, terus order je dari online bakers. Dah rasa emm.. not bad kek ni, worth to try it myself. Tak susah cari resepi sebab, macam saya kata tadi populariti dia sedang meniti puncak time tu. Nengok bahan-bahan biasa je except pakai buttermilk dan cuka.
Tried first time buat cupcake, dan gembira sesangat sebab menjadi (saya compare menjadi atau tak tu dgn yang beli tadi tu la). In fact yg buat sendiri tu lagi sedap. Walhal bukan buat pakai buttermilk sebenar pun sebab tak jumpa kat kedai bahan bakery yg selalu pegi tu. So substitute dgn susu + cuka, cam banyak resepi2 dok cakap lah.. Lepas buat pes time, buat lagi kali kedua, pun buat cupcake juga tapi dis time pakai buttermilk dalam kotak. Kesedapan dia memang melampaui batas bila pakai buttermilk sebenar. Patutlah fofular.. dan since then, I know why rega kek ni org juai mahai pasai buttermilk tu tak berapa nak murah reganya. Lagi pun topping ialah cheese frosting. Walopon resepi asal kata frosting kena pakai 2 jenis cheese - creamcheese dan mascarpone cheese, saya tak rasa penjual kek ni pakai dua-duanya. Kalau yg rega over mahal tu maybe lah. Tapi saya harap jgnlah penjual kek RV amik kesempatan letak rega mahal as if dia pakai seme bahan2 tu walaupun hakikatnya dia guna bahan gantian.
Pastu tried pulak buat loyang besar lak, ter'inspired' oleh gambo2 kat blog yg nampak benau ke'menyala'an merah tu bila kek ni dipotong. Ikut resepi yang sama gak tapi saya rasa cam kurenggg plak, agak kering. Masih tak putus asa, buat lagi sekali dlm loyang. Kali ni lagi worst, keras semacam. Masa godek last sekali lepas masuk cuka + baking powder tu, dah rasa dah apsal macam lebih tepung je ni. Rasa masa sukat tadi dah betul. Masa tu tambah susu sikit lagi dengan harapan okay lah. Last2 bila dah bakar, hambek ko...keras. Membazir tul. Pikir, pikir, pikir mana silap..ropernya tersilap sukat serbuk koko pi bubuh 1 cawan walhal resepi nak 2 sudu besar je. Hehehe... patut la warna pun tak merah dah, jadik kecoklatan.. Tu ler, lain kali buku masam tu (buku resepi saya) letak depan mata. Sudahnya takmo ler letak topping sebab tak guna benda tak jadi selimut ngan topping yg lazat tu.. kang takde sapa makan, 2 kali membazir.
Projek red velvet terkini saya ialah malam tadi sebab nak bagi anak-anak bawak gi sekolah untuk hari guru hari ni. Cakap dengan anak-anak, tahun ni tak payah beli hadiah untuk cikgu, ummi buat cupcake boleh bagi cikgu sorang satu. Ye lah, mana idaknya... tetiap tahun beli hadiah bukan utk sorang dua cikgu peberet, semua cikgu yg mengajor nak dibaginya (which is baguih anak2 saya nih:) ) Maknanya 5-6 hadiah ler kena beli dah kalau gitu kekdahnya. Pehtu, anak-anakku yang sekolah tahun ni ada 3 orang, idak ke 3 maltiplai 6 = 18 ketul hadiah kena beli. So wat do you expect rega hadiah yg nak dibeli, takkan yang berharga 20 hengget satu kan? Bengkrap mak...
Berbalik pada red velvet cupcake ni, inilah yag terhasil pada projek malam tadi...

Letak dalam kotak sebiji-sebijik, sorang bawak 5 bijik. Tak tahulah apa nasib cuppies ni bila dibawa oleh budak darjah 1 dan 3 tu...
Friday, May 20, 2011
Triffle
Puding ni sangat famous. Mungkin dek kerana rasa dia dia yang ada banyak combination - kek sponge, lemak dari kastad dan susu, rasa segar dari buah koktel dan rasa kenyal dari jelly. Tapi puding ni pun sebenarnya ada banyak variety juga dek kerana telah disuairasa oleh tekak pembuatnya.
Yang saya nak persembahkan di sini adalah versi Nanirostam kerana bagi saya dan keluarga ini adalah versi terbaik. Itu pun saya tak ikut 100% yakni saya minus jelly. Tak ada sebab spesifik kenapa jelly di'minus'kan, hanya sebab tak ada stok kat rumah je mas abuat tu..hehehe. Memasak ni kadang kalau nak tunggu semua bahan ada kena buat perancangan awal. But for me, most of the time saya buat bila mood datang. Alhamdulillah, sehingga hari ini, Mr. mood masih berkawan baik dengan saya. Rasanya sangat sedapppp dan nyaman. Cubalah sendiri.

Wednesday, May 18, 2011
Mee udang sos
Dah lama tak update baking-membaking ni. Bukan tak membaking dah tapi... tapi... emm adalah.. Terus terang cakap, ada lah try buat french macarons tapi hasilnya 40% sukacita, 60% dukacita. Taulah si macarons ni, kalau rasa ada tapi roper tak ada, bukan macarons namanya. Ala.. macam retis Malaysia lah, kalau ada bakat je, roper tak ada, tak akan ke mana.. Jadi cerita macarons kena silentkan dulu sehingga hasilnya berbaloi utk diabadikan kat blog ni. Bak kata angah "kita teruskan berusaha Ummi, yg beli tu tak sedap langsung..".
Kita beralih ke makanan ala berat (bukan ala Barat) pulak kali ni. Mee udang sos. Bukan mee sos udang, lain tu. Mee udang sos namanya cenggitu sebab perencah dia sos je.. of course adalah cili boh dan bawang sket. Takde perencah lain dah melainkan sos je.
Caranya senang je tumis cili kering yang diblend sekali dengan bawang putih dan merah.
Bila dah garing atau pecah minyak, masukkan air.
Tunggu mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato. Agak banyak juga dalam setengah cawan each, untuk sepaket mee.
Lepas tu masukkan udang, lagi besar udang lagi best, udang kertas boleh, udang galah pun boleh.
Masukkan juga tomato belah empat, sayur sawi dan hirisan cili merah. Perasakan garam. Gula tak payah sebab sos cili dah manis.
Tunggu mendidih sekali lagi terus masukkan mee kuning yg dah jirus air panas, tutup api.
Hidang panas-panas, lengkapkan dengan daun bawang/sup, bawang goreng.
Yummy..yummy.. ala-ala Kuala Sepetang atau Sungai Dua punyer..

Yang ini namanya ada mee di sebalik udang...
Subscribe to:
Posts (Atom)