Monday, October 19, 2015

Mashed Potato dan Beef Gravy

Salam. 


Bahan mashed potato:
500g kentang - dikupas, belah 4 
100g butter
150ml susu cair atau susu segar
Sedikit garam

Kentang direbus sampai empuk. 
Angkat dan toskan. Alihkan ke bekas besar dan dengan segera lenyek menggunakan penekan daging burger. 
Sambil lenyek, masukkan butter dan susu serta garam. Butter dan susu boleh agak sendiri byk mana nak pakai mengikut kepekatan yang diingini. 
Siap mashed potato. 

Bahan beef gravy:
3 sb butter
3 sb tepung gandum
5 sb beef brown sauce mix Knorr

Larutkan brown sauce mix dalam secawan air. 
Panaskan butter sehingga cair dan masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 sehingga menjadi spt doh lembut. 
Masukkan air 3-4 cawan kacau sehingga tepung tadi larut dan pekat. 
Bila dah mendidih masukkan larutan brown sauce mix. Kacau sehingga sebati dan pekat. Tambah air jika perlu. 
Perasakan dengan garam, lada hitam dan sedikit gula. 
Bila dah cukup pekat - kepekatan ikut suka - dan sebati, bolehlah tutup api. 

Untuk menghidang, boleh lah scoop mashed potato dengan scoop aiskrim dan tuangkan gravy di atasnya. Yummy.... Pelengkap kepada hidangan spt chicken or lamb shoulder grill. 





Saturday, October 17, 2015

Creampuff..lagi

Salam. 

Buat untuk jiran petang ni. Ada lebih doh, anak dara nak cuba buat eclair yang hangat diperkatakan itew..








Donat Simple

Salam. 

Berdonat kita pagi ni..

3 cawan tepung high protein @ tepung gandum biasa
3 sb marjerin
1 cawan susu/air suam
1 1/2 st yis segera
1 sb gula
Secubit garam halus
1 biji telur

Mula2 rendam yis dlm susu/air dan gula sehingga berbuih. 
Sambil tunggu yis kembang, campurkan tepung dengan garam dan marjerin dengan hujung jari menjadi seperti bread crumb. 
Bila yis dah kembang, buatkan lubang di tengah tepung dan masukkan yis kembang dan telur. 
Gaul sehingga sebati, jika agak keras boleh tambah air sedikit demi sedikit. Adunan biar lembut. 
Uli sehingga tudak melekat di mangkuk dan tangan dlm 5 minit. 
Rehatkan adunan sehingga naik. Saya rehatkan di dalam oven yg dipanaskan sekejap dan di offkan utk dptkan suhu panas supaya doh cepat naik. 
Setelah doh naik uli semula untuk buang angin dlm doh. 
Canai dan terap (tabur tepung supaya tak melekat) dengan acuan donat dan susun dalam dulang yg ditabur tepung juga. Buat sampi habis dan by the time habis membentuk donat, donat yg awal dah kembang dan sedia digoreng. 
Goreng dengan minyak banyak dan api sederhana. 
Setelah angkat, biarkan seminit dua sebelum digolek dalam gula halus (boleh juga campur dengan serbuk kayu manis-tapi yg ini budak2 tak suka)
Kalau nak buat frozen goreng sekejap shj untuk mendapat bentuk donat dan angkat sejukkan. Boleh pack dlm plastik dan simpan dlm freezer. 

Sunday, October 4, 2015

Ayam Butter Creamy

Salam


Mencuba kelainan dalam hidangan ayam. Terkenal di restoren2 chinese cuisine tetapi telah menular ke dapur2 rumah. Boleh juga dicampurkan dengan telur masin merah sewaktu membuat sos, lagi sedap.. Tapi kalau concious dengan kolestrol, boleh lupakan telur masin (seketika)

Bahan2:
400g isi ayam dipotong kecil
1 1/2 sb serbuk kari ayam/daging
1 sb tepung gandum
1 biji telur
2 st garam

Cara:
Perap ayam dengan bahan di atas selama 1 jam. Setelah diperap, goreng ayam (goreng terendam atau goreng sautee)

Bahan2 sos butter:
100 g butter
3-5 pelepah daun kari
10 biji cili api di potong menyerong (nak pedas campur dgn cili api merah. Jgn pula semuanya cili api merah nanti takleh makan plak..)
2/3 cawan susu cair
1/2 cawan air
Garam, gula dan lada hitam utk perasa

Cara:
Panaskan butter. Masukkan cili api dan daun kari. Kacau seketika sehingga layu. Masukkan susu cair dan air. Biarkan mendidih. Masukkan bahan perasa. Masukkan ayam yg telah digoreng. Biar kan seketika sambil dikacau. Jangan sampi kering sangat kerana setelah tutup api ia makin meresap sebab ayam gireng ada tepung. 

Sedap dihidangakn dengan nasi putih. Semalam saya buat sebagai lauk sampingan nasi lemak. Boleh? Boleh aje...double lemak!



Tuesday, September 29, 2015

Quiche Tuna dan Cendawan

Salam.


Lama dah teringin nak cuba buat quiche ni sebab saya suka makanan yg berasaskan pastry, cheese dan telur.. Part yang paling malas ialah nak buat pastry dia, takut2 tak menjadi. Ye lah..kot keras ke, tak masak ke, menyerap kelembapan inti ke atau sebagainya. Tapi selagi tak cuba mana nak tahu kan... dan nak dapatkan hasil yang sempurna mestilah kena cuba berkali2. Latihan atau repetitions memang prinsip asas dalam membina kemahiran, apa jua kemahiran terutamanya yg melibatkan psikomotor, memasak termasuk. Ok, ok.. Takyah melalut, mari baca kisah quiche pertama saya..

Bahan inti:
Bawang puting dicincang
Bawang besar dicincang
Cendawan butang dihiris
Mix vege
Tuna chunks dalam tin 
Garam, gula, pepper
Kiub/serbuk pati ayam

Cara:
Tumis kan bawang putih dan besar sampai layu. Masukkan mix vege kacau sebentar. Mix vege ni saya masukkan dahulu dari bahan2 lain sbb dia kan frozen dan saya tak defrost dulu pun. Then masukkan semua bahan lain, termasuk bahan2 perasa. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 

Bahan pastry:
2 cawan tepung gandum
100g butter
1 sb gula halus
Secubit garam
1 kuning telur

Cara:
Gaul semua bahan dan uli sehinga dapat doh lembut. Bulatkan doh, balut dgn plastik dan simpan dalam fridge selama 1 jam. Keluarkan dari fridge dan canai setebal 1/2 cm. Angkat doh yg telah dicanai ke dlm acuan pie. Kemaskan di sekeliling acuan dan cucuk dengan garfu supaya bila bakar ia tidak menggelembung. Bakar selama 20 minit. 


Bahan custard:
200ml susu
3 biji telur
Pepper dan garam
Daun parsley kering

Bancuh semua bahan. 

Cara susun:
Setelah doh masak, masukkan inti dan ratakan. Tuangkan custard sehingga memenuhi acuan. Taburkan cheese yang diparut dan tabur daun parsley jika suka. 

Bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan kekuningan. 

Sesuai untuk makan petang sarapan.

Disebabkan custard tu ada lebihan, saya buatkan quiche 'segera' guna pastry puff Kawan yang saiz kecik. Belah di empat2 penjuru supaya boleh dilipat untuk dijadikan 'mangkuk' dan letakan dalam acuan muffin. Kemaskan tepi2 tu. potong kecik2 sosej dan masukkan atas pastry tadi. Kemudian tuangkan custard telur dan parutkan cheddar cheese diatasnya. Bakar 25 minit. 






Sunday, September 13, 2015

Jerebu

Assalamualaikum.

Teruk juga jerebu kali ni. Awal minggu 2-3 hari agak teruk (tak sure berapa bacaan IPU sebab semua org dalam kedaan tunggu dan lihat belum kisah dengan bacaan IPU). Tapi hari Khamis kedaan reda, penglihatan jelas dan sinar matahari juga terang. Agaknya sebab Rabu petang ada hujan turun. Tapi malangnya Jumaat pagi jerebu datang semula dan keadaannya lebih teruk dari sebelumnya. Sabtu pun sama. Hari ini Ahad rasanya worst sepanjang minggu ini. Kalau tak silap IPU melebih 160. Ditambah pula dengan cuaca pun mendung. Harap2 semoga hujan turun sehari dua ni agar jerebu berlalu pergi..dan anak2 lebih selamat kembali ke sekolah di minggu baru. 




(Gambar tiada kena mengena dengan jerebu - sekadar hidangan minum petang di petang jerebu)

Aiman pun nampaknya masih belum boleh ke sekolah esok kerana chicken pox nya yg masuk hari ke 5 dlm proses nak baik.. Org kata masa ni lah chicken pox boleh spread pada orang lain. Dah 3 hari bagi dia minum air kelapa je..



Moga Aiman cepat baik..




Thursday, September 10, 2015

Apam Mekar

Assalamualaikum. 

Kali pertama saya buat apam legend ni. Walaupun rasanya plain sahaja, saya mmg suka makan apam ni yang lembut, gebu dan shomel...

Bahan2:
3 biji telur B
1 1/2 cawan gula halus
1 sb ovalette
1 st esen vanila
1 cawan icecream soda F&N
3 cawan tepung*
1 st baking powder

Mula2 masukkan telur, gula dan ovalette ke dlm mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (putih dan pekat)
Kemudian perlahankan mixer masukkan esen vanila. 
Kemudian masukkan icecream soda diselang selikan dengan tepung yg telah diayak dengan baking powder. 
Setelah sebati, ambik 2 senduk diwarnakan merah, 2 senduk diwarnakan hijau. Tak perlu bahagi sama banyak sebab kita nak jadikan adunan base ialah warna asal putih syahdu...hehe. Masukkan kedua2 nya d dlm piping bag berasingan. 
Susun cawan kertas kecil di dalam acuan lompang. Sudukan adunan warna base  sehingga hampir penuh. Pipekan sedikit adunan warna merah dan hijau diatasnya. 

 
Kemudian kukus dengan api besar selama 7 minit. 
Aduanan ini menghasilkan lebihkurang 60 biji apam kecil. 


Sunday, September 6, 2015

Snow Cheesecake




Resepi di posting sebelum ini. 
Saje buat color light purple kali ni, just color bukan perasa yam ker.. Saya suka perasa pandan tapi anak2 tak mahu pula, katanya mau kosong takde color apa. Isk.. rasa tak berseri pula kalau tak letak color sbb cheese frosting pun color krim juga. Ok kita letak purple, setel. 


Sambal Udang

Assalamualaikum. 

Bersarapan bersama keluarga di hujung minggu adalah suatu perkara yang mengujakan. Setelah 5 hari bersarapan di pejabat dengan menu yang sama setiap hari, betapa hujung minggu ditunggu2 untuk bersarapan dengan menu lain atau yang dimasak sendiri. 

Semalam saya teringin nak makan nasi lemak buatan sendiri. Tapi segala haiwAn di dalam peti sejuk dah kehabisan. Tak mahu pula sambal ikan bilis. Jadi setelah letak nasi (beras basmathi, santan kotak, daun pandan, halia) dalam rice cooker, saya keluar mencari haiwan bersesuaian utk nasi lemak saya. Hajatnya nak buat ayam masak merah sahaja tapi tiba2 bila di kedai barang basah, teringin nak buat sambal udang pula. Sebenarnya saya dah lama 'tak ada perasaan' pada sambal udang tapi entah kenapa pagi tu perasaan datang balik. Hehe.. 

Sambal udang:
500g udang - saya tak buang kulit, hanya potong janggut
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sb santan pekat (optional)
1 asam keping
3 sb sos cili
Garam dan gula secukup rasa

Blend cili kering, bawang (besar, putih dan merah) dan halia. 
Tumis bahan blend sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam dan asam keping. 
Masukkan santan daan biarkan seketika. 
Masukkan sos cili dan gula. Kacau hingga pekat. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. 
Masukkan udang dan masak sampai udang masak. 
Sesuaikan rasa dan tutup api. 

Puas dapat makan nasi lemak buatan sendiri dengan sambal udang... Selalunya kalau dah makan macam ni utk sarapan (sarapn kul 10++ pagi dah..) boleh skip makan tengahari.. Apa org kata, brunch?? Petang2 baru cari makan lagi. 



Tuesday, August 25, 2015

Apam Pisang versi acuan biru

Assalamualaikum. 


Versi acuan biru pulak kali ni. Resepi ni memang torbaek lah.. sedap, lembut, gebu, lembap..

APAM PISANG

Bahan2nya:
250g pisang berangan (5 biji saiz sedang)
270g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
140g susu pekat manis
100g minyak jagung
2 biji telur, gred A

Cara2 membuatnya:
1. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. 

2. Blend semua bahan lain hingga sebati. 

3. Tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Tutup dan biarkan selama 20 minit.

4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan apam & sapukan dengan sedikit minyak.

5. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi. <-- acuan kecil
Kukus 40 minit <-- acuan besar






Tuesday, August 18, 2015

Brownies

Assalamualaikum.


Ahad lepas saya bake brownies 2 kali.. Waktu pagi buat untuk makan sendiri, malam buat satu lagi untuk husband bawak ke jamuan di office keesokkannya. 
Saya guna resepi yang sama sebelum ini cuma kali ni saya habiskan seketul butter   250g (sebelum ni saya pakai 220g je) dan oleh kerana butter bertambah, saya tambah tepung sebanyak 10g menjadi 80g. Ok, ok.. Kalau malas refer ke entri sebelum ini, saya tulis semula di sini.. Saya dapati ada sedikit perbezaan bila increase butter (wpun tepung pun increase juga) ni.. Permukaan brownies menjadi lebih keduts setelah masak.. Adakah ini yg disebut ramai sebagai brownies kedut? Saya tak pasti sbb saya tak ada resepi brownies kedut yg disebut2 itew.. 

So okaylah, nxt time buleh habiskan je seketul butter tu, tak payah nak potong buang sikit..

250g butter
240g cooking chocolate
3 biji telur
220g brown sugar
1 st esen vanila
80g tepung gandum*
40g serbuk koko*
1/2 st baking powder*
(Ayak yang bertanda *)

Cairkan butter dan cooking choc. Sejukkan hingga suam. 
Pukul telur, brown sugar dan esen vanila hingga kembang. 
Masukkan campuran butter+chocolate ke dalam telur dan pukul sebati. 
Akhir sekali kaup balik kan tepung ke dalam adunan sehingga sebati. 
Kalau nak tambah kekacang ke dlm adunan pun boleh (cashew/walnut yg dibakar sekejap) 
Tuang ke dalam loyang 10x10 inci yg telah digris dan dialas dgn baking paper. 
Kalau nak tabur chic chips/almond slice/almond nibs pun boleh. 
Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 celcius. 




Monday, August 10, 2015

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum.


Fenomena acuan biru Apple Lady :)
Serius apam yang dikukus menggunakan acuan ni sgt cantik mulus dan tidak melekat (setelah disapu gris). Saya telah berjaya mendapatkannya dan harganya cuma rm2.00++..

Resepi apam gula hangus ni pula saya amik dari fb page masak-memasak.. Tak
ingat page mana. Satu benda yg saya terdiscover Fb page ni kan suka amik gambar dari blog2 orang esp yg takde watermark.. Blog cikai saya ni pun dah few times kena cilok gambar, tapi depa tak amik plak resepinya sekali. Nak kata gamba kat blog ni cantik jelita, jauh panggang dari api. Agaknya depa nak gambar yg real amatur, bukannya yg expert mcm Azlita masam manis ker..hehe..

Ini dia resepinya:
1 cawan gula
1 cawan air panas
- cairkan gula dlm periuk kecil/kuali di atas api sederhana kecul sehingga berbuih dan bertukar perang. Masukkan air panas dan biarkan mendidih sehingga tiada ketulan gula. 

2 biji telur
2 sb butter
3 sb susu pekat manis
3 sb susu cair (optional)
1 st soda bikarbonat
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
- blend telur, butter, susu pekat, susu cair dan minyak selama 1-2 minit. 
- masukkan soda dan dan gula hangus, blend sekejap lagi. 
- tuangkan dlm mangkuk dan masukkan tepung gandum. Kacau menggunakan whisk hingga rata. 
- panaskan kukusan sehingga air mendidiih. Tuang adunan ke dlm loyang ( kalau ada loyang biru lagi cun..) dan terus masukkanke dlm pengukus. 
- kukus selama 30-40 minit. 
- bila dah masak terbalikkan apam ke dlm pinggan atau cake board. 

Bahagian bwh acuan yg berlekuk2 adalah sgt comel...sesuai dgn tekstur apam yg mulus..








Saturday, August 8, 2015

Kek Coklat Puding Karamel

Assalamualaikum. 


Dah lama teringin nak buat kek ni tetapi baru berkesempatan membuatnya malam kelmarin. Berhajat untuk membawanya ke pejabat sempena jamuan hari raya, dan alhamdulillah setelah kejadiannya agak memuaskan hati walaupun pertama kali mencuba, hajat tercapai. 

Setelah mencari resepi di internet dan memdapati kebanyakan blog adalah menggunakan resepi yang sama atau lebihkurang sama shaja. Maka saya agak konpiden utk mencuba walaupun agak was2 ketika ingin menuang kek setelah masak. Takut2 puding karamel yang di bawah sekali terpecah. Alhamdulillah setelah mengikut tips yg ditulis sesetengah blog supaya menunggu kek agak sejuk baru dituang, puding karamel selamat tidak pecah. Saya menggunakan cara kukus utk keseluruhan proses memasak walapun ada blog yg menggunakan kaedah bakar steam bath, dan saiz loyang 9 inci.  


Resepi dari kebanyakan blog:

Step 1: 
2 sudu besar gula tabor dalam Loyang dan panaskan. Biar gula cair dan keperangan. pastikan gula rata disetiap sudut loyang (senget2kan loyang)
Biarkan sejuk.

Step 2: 
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu the esen vanilla
3 biji kuning telur - sy guna 2 kuning
2 biji telur - sy guna 3 putih+kuning
whisk semua bahan sekejap.Tapiskan kedalam 
Loyang yang adan gula hangus tadi.kukus 1/2 jam.
 
Bahan A:
1 cawan serbuk koko - nxt time nak kurang kpd 1/2 @ 3/4 cwn
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1 cawan minyak masak
satukan bahan dalam periuk.masak dengan api perlahan. kacau hingga bahan sebati dan padamkan api. Sejukkan hingga suam. 

Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum - nxt time nak tambah jadi 1 cawan
1 sudu the soda bicarbonate
1 sudu the baking powder
* ayak semua bahan

Bahan C:
4 biji telur...whisk kan sekejap

Step 3: satukan Bahan A, Bahan B dan Bahan C berselang seli. Gaul sebati .
Tuang atas adunan caramel yang telah masak. Kukus 40-50 minit dengan api sederhana.
 

Saturday, July 25, 2015

Popia Nestum

Assalamualaikum. 

Sambung episod kuih raya walau raya dah lepas. Untuk panduan di masa akan datang.. Popia nestum ni sgt sedap utk kudapan tak kira masa. Dari budak kecik sampai ke org tua semua suka.. Krup krap, krup krap tak sedar licin se balang..



Popia Nestum

Bahan serbuk utk digaul:
Nestum - dikisar halus
Gula - juga dikisar halus
Susu tepung
Horlicks
- nisbah nestum:susu:horlicks ialah lebih kurang 3:1.5:1 atau ikut kesesuain rasa masing-masing. Gula pula boleh dicampur last sekali dan rasakan kesesuaian manis yang disukai. 

Setelah digaul semua, begini lah ia...

Untuk popianya pula:

Kulit popia secukupnya
- gulung menyerong bermula dari satu bucu. 
- jangan gulung terlalu kemas kerana akan jadi padat dan keras bila digigit nanti. 
- gamkan hujung terakhir gulungan dengan putih telur. 

Jadi begini..

- lepas tu gunting secara menyerong hingga habis

Begini..

- kemudian goreng sehingga keluningan dengan minyak banyak. 

Begini...


- toskan seketika dlm 3-4 minit
- sewaktu masih panas, gaulkan dengan serbuk nestum di atas. Letakkan popia dlm bekas dan tabur rata serbuk nestum di atasnya. Gaul perlahan menggunakan sudu. 



Dah siap!! Sejukkan dahulu baru disimpan dlm bekas kedapn udara. 

Thursday, July 23, 2015

Aidilfitri 1436H/2015

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H...

Syukur Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk menamatkan Ramadhan dan menyambut hari kemenangan Aidilfitri 1436H... Taqabalallahu minna wa minkum. Semoga segala amal ibadat di sepanjang Ramadhan diterima dan diberkati olehNya.. ameen.

Pada tahun ini, kami menyambut raya di Kelantan dahulu dan baru ke Kedah pada raya ke 3. Walau kedua orang tua telah tiada, terasa mereka masih di sisi bersama2 menyiapkan kelengkapan 1 Syawal... Sambil menyediakan juadah raya, kenangan dan ingatan terhadap mereka datang silih berganti...:(:(:(

Walau bagai mana pun, kami tetap bergembira di hari raya, lengkap 4 beradik dan 8 cucu-cucu tokma-tok ayah... Diserikan dengan kehadiran ibu saudara, sepupu2 sebelah Ma dan juga kunjungan ke kampung Cherang Hangus, Jelawat serta Sri Aman, Pasir Puteh melawat ibu saudara sebelah Ayah.. Sungguh, ianya menggamit kenangan zaman kanak2 dahulu...