Tuesday, November 25, 2014

Kek Ini Lagi...Dan Jeruk Mangga Itu...

Kek berhantu...

Jeruk mangga asam boi yang menjadi fenomena... Saya tambah belacan, kasik kick..





Tuesday, November 18, 2014

Cheese Tartlet

Salam..


Dah lama tak buat cheese tart sebab lately ni asyik buat fruit tartlet. Seperti mana saya dah bagitau dalam entry-entry tartlet sebelum ni, saya hanya beli tart shell dah siap je. Kebanyakan kedai bahan bakeri ada menjualnya, mungkin ada baker yang supply kan tart shell ke kedai bakeri atau pun boleh je order terus dengan para bakers. Harganya berpatutan lah saya rasa, yang saiz mini selalunya dalam RM30 per 100pcs, Kalau yang besar sikit (err... lupa nak ukur) dalam RM38 per 100 pcs.


Oleh kerana ada lebihan tart shell lepas buat fruit tartlet hari tu, saya buat cheese tartlet pulak. Resepi sama dengan yg kat sini. Dan oleh kerana malas nak beli filling (kalau beli mesti tak habis pakai dan expired macam tu je..), saya guna cooking choc bentuk coin sebagai filling.... boleh?? Boleh je lah labu... Sebenarnya tak boleh...hahaha. Sebabnya, bila tartlet tu dah sejuk, the choc coin akan mengeras semula... TAPI...belasah je lah sebab bukan keras mana pun nak gigit dia, tak patah gigi punya. Cumanya tak berapa cantik menarik dah sedap la... So next time kalau nak boh filling choc, buatlah choc filling nye tu taw...jangan malas2 nak mengelat macam ni... :)




Baked Macaroni with White Sauce

Salam..


Ada 4 jenis bahan utama dalam penyediaan baked macaroni style macam ni: meat sauce, macaroni yang telah direbus, white sauce dan grated cheese. Sebenarnya ini adalah bahan2 lasagna tetapi saya tukar lasagna kepada macaroni... And since saya buat kecik2 dalam acuan muffin foil ni, saya tak perlu nak layerkan banyak2 kali sperti lasagna, cukup sekadar lapisan makaroni yg dah siap2 gaul dengan meat sauce, lapisan white sauce dan last sekali cheese.

Mula-mula sediakan meat sauce seperti di sini atau di sini.
Makaroni pulak siap2 direbus.
Kemudiankan sediakan white sauce sepeti di link pertama di atas.

Lepas dah siap semua di atas, boleh la assemblekan mereka seperti dibawah..



Gaul makaroni yang telah direbus dengan meat sauce. kemudian masukkan ke dalam muffin alluminium foil, if nak buat kecik2. Sudukan white sauce ke atasnya sehingga rata. Then, last sekali taburkan grated mozarella cheese di atasnya.
Bakar sehingga cheese cair dan sedikit keperangan.
Sedap dimakan ketika masih panas...



Monday, October 13, 2014

Congo Bar

Salam.
Orang buat congo bar, saya pun nak buat. Ye lah mana aci asyik tengok gambar congo bar yg kawan2 baker letak kat facebook je. Lagi pun saya mmg suka makan kek padat ala2 brownies ni. Orang kata congo bar ni combination of taste of choc chipts cookies n brownies. Teksture macam brownies (tapi tak chewy) tapi rasa macam choc chips cookies, boleh? Hmm betul kot macam tu.

Resepi saya ambil dari Azlita Masamanis:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
250 gm gula perang
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Bubur Arab

Salam.

Hmmmmpphhh sedapnya bubur nasi ni. Ada kelainan dari bubur2 nasi yang pernah saya makan sebelum ni. Rasanya sangat lemak walaupun tidak menggunakan santan. Diberitahu oleh kakak saya tentang resepi ini yang diambil dari majalah Saji. 

Saya pulak membuat sedikit perubahan iaitu sewaktu menumis saya tumis sekali kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih untuk menaikkan aroma.. Rasanya kalau nak tambah halia pun ok kut. The rest, saya follow je resepi dan cara dalam Saji tu. Ini resepi asal yg saya snap dari majalah Saji (tak ingat keluaran bila)
Cara2:
Rebus tulang sampai empuk.
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis dengan minyak sapi. Kalau tak suka rasa minyak sapi yang keterlaluan, boleh campur dengan minyak biasa..
Bila dah agak garing, masukkan sesudu rempah kari daging, dan kacau sampai pecah minyak.
Masukkan beras dan air (beras dalam 2 cawan).
Biarkan mendidih dan nasi kembang.
Sementara tu, daging dipisahkam dari tulang dan dipotong kecil2
Bila dah beras dah kembang, masukkan masukkan daging dan air rebusan tulang tadi.
Masukkan lobak merah dan kentang (saya tambah) yang diparut kasar.
Perasakan garam dan lada sulah.
Bila dah sebati dan cukup masak/pekat semua, bolehlah diangkat.
Hidangkan dengan bawang goreng, daun sup/bawang dan telur masin.
Perghh terangkat...

Churros

Salam.

Lama tak update resepi kat keeper ni. 
Ni ada satu lagi makanan kudap-kudapan aka makanan ringan untuk hidangan seisi keluarga. Asalnya dari Spain kot sebab en wiki kata churros ni dikenali juga sebagai Spanish doughnut. Tapi kalau tak silap saya org kita pun dah lama buat kuih ni yang dikenali sebagai kuih belimbing. Kalau berminat nak cari susur galur kedua2 kuih ni ok jugak kan..sebagai penambah ilmu apa salah nya. Tapi sekarang ni saya tak cukup masa nak buat research tu, maka ada baiknya saya salin resepi yg saya pakai dan terbukti menjadi, at least for me..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum 
1 1/4 cawan air  
2 biji telur 
1 sudu makan marjerin/butter 
1 sudu makan gula 
Secubit garam
esen vanilla 

Cara-cara
Didihkan air, gula, garam dan butter. Perlahankan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 guna senduk kayu. Sejukkan dulu sampai suam2 kuku. Pukul telur dan esen vanila dengan whisk. Tuang telur ke dalam tepung tadi dan pukul sebati dengan mixer. 
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan sawa atau piping bag dan picitkan ke dalam kuali. Gunting setiap 5cm. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Taburkan gula yg digaul dgn serbuk kulit kayu manis. Sedia utk dmakan!




Monday, September 8, 2014

Roti Dengan Sos Butterscotch

Salam.


Famous dengan nama roti sarang lebah. Mungkin sebab roti dibentuk kecil2 dan disusun rapat dalam loyang dan kelihatan spt lubang2 sarang lebah (ye ke?). Setelah disirami degan sos butterscotch, warnanya yg kecoklatan dan sos tersebut seakan madu yang keluar dari sarang. 
Apa2 pun, roti ini adalah sangat sedappppp. Tak tipu, tak tipu...Sos butterscotch tu yg menyedapkan roti ni. Anak saya tanya "tak boleh ke siram je sos ni kat roti Gardenia?".. Adoiii, tak sama la nak oii sebab yg syoknya tu bila sos tu dimakan dengan roti yang fresh baru dibakar dan ketika masih suam2.. 
Dan....disebabkan penangan roti ni, saya tak sabar nak mencari breadmaker. Ya! Saya harus cari breadmaker!! Sebelum ni dah ada ura2 saya nak beli BM, tapi tak berapa bersungguh. Sekarang saya bersungguh! Sabar ya mr BM, you will be in my kitchen shortly..
Alkisah nya semalam tatkala matahari merembang di tengahari saya memejalkan otot lengan menguli roti ni. TAPI saya tak tegar.... Uli sampai saya larat je. Dan tunggu doh naik pun sampai saya larat tunggu je. Maka, jadilah roti saya agak padat NAMUN tetap sedap spt yang didescribe di atas. 


Nantikan kemunculan roti ini lagi di dapur Recipe Tester yang bakal didalangi oleh mesin idaman di bawah...


Wednesday, September 3, 2014

Spring Onion Dip

Salam.

Recipe is taken from the internet, given by a friend of mine. 


However, a minor ammendment is done to suit my own taste. I added 2 tablespoon of mayonis and 1 tablespoon of olive oil. Add salt to taste (no sugar is needed since the mayonis has already giving little sweet taste)



Taste great for dip with nachos..


Kacang Kuda Berperisa

Salam.


Inspired by KakIda1001resepi.

My style:
300g kacang kuda - rendam semalaman dan rebus hingga empuk. Letak sedikit garam sewaktu merebus
1 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
2 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering dipotong pendek2
1 st serbuk cili
1 st serbuk kari daging

Cara:
- tumis bawang putih dan merah, daun kari dan cili kering sehingga agak garing.
- masukkan serbuk cili dan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
- masukkan garam dan gula secukup rasa
- akhir sekali masukkan kacang kuda yang telah direbus empuk.

Siap!


Snow Cheesecake lagi...


Salam.


Setelah mencuba 2 resepi kek span sebelum ini, dan juga mencuba tepung premix sponge cake dari kedai bahan bakeri, saya memilih tepung premix sponge cake sebagai kek span yang paling sedap. Tak sure ingredient apa yang menyebabkan tepung premix lagi sedap dari resepi2 yang saya cuba. Lagipun, harganya taklah mahal mana cuma rm3.50 untuk 500g dan dapat menghasilkan kek 9 inci yang agak tebal (belum try timbang).

Jadi untuk kesekian kalinya, saya sekali lagi membuat kek snow cheese ini menggunakan tepung premix tersebut.  Sedapnya tidak terkata...bagi sesiapa yang pernah makan kek ni tentu tahu apa rasanya... So apa tunggu lagi, cubalah..



500g tepung premix sponge cake
(Bahan2 lain dan cara membuat sila ikut seperti yang tertera di paket pembungkusan)
(Generally saya guna 7 biji telur B, wpun resepi kata 500g telur. 7 biji tu tak sampai 500g. Lain2 bahan spt air dan minyak ikut je yang tertulis kat paket)
- pukul tepung, air dan telur sehingga putih dan pekat.
- masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga rata
- bahagi 2 adunan dan letak perasa yang diingini (saya buat coklat dan vanila kali ni)
- tuang dalam loyang 9 inci (yg telah dilapik kertas minyak) bagi setiap flavor dan bakar lebihkurang 25 minit, 170 darjah celcius setiap adunan.
- apabila kek telah masak, terus keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang lebihkurang 2-3 minit. Lalukan pisau ditepi kek, dan terus keluarkan kek dari loyang. Biarkan atas redai sekejap dan terus terbalikkan atas cake board/pinggan. Ini penting bagi memastikan kek tidak kecut. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum disapu krim.

Krim cheese:
250g Philadelphia cream cheese
Susu pekat manis mengikut rasa manis yang disukai
- Pukul hingga sebati dan berkrim kedua2 bahan ini. Selepas itu masukkan susu segar/susu cair/uht whipping cream sehingga mencapai kepekatan yang diingini. Kalau nak cair meleleh, letak byk sikit.. Letak sikit-sikit takut terlajak laris..eh terlajak leleh.. :)

Parutan cheddar cheese yang mencukupi (lebihkurang 125g block cheddar dan diparut)

Sapu krim cheese di atas permukaan sebiji kek dan lapiskan dengan sebiji kek lagi.
Sapukan krim ke seluruh permukaan dan sekeliling kek.
Akhir sekali, taburkan parutan cheddar cheese yg telah diparut.


Sunday, July 6, 2014

Cucur aci dan...

Salam..


Kuakuakua... 
Azlita Masammanis memang pemberi inspirasi kepada para ibu2 untuk masak memasak ni. Apa saja yang dia post kat blog atau fb akan memberi idea atau mencetus kerajinan untuk saya ke dapur. Tqvm to her, hanya Allah yg dapat membalas sifat pemberi yang dia miliki disertai dengan bakat mengambil gambar yg dia ada. Foto2 masakannya are really inspiring...

Cucur saya ni mengambil ilham cucur udang my sifu kak azlita. Tapi saya buat aci dan je dengan bahan2 yg dah ada kat rumah je, maklum la singsing lengan baju kurung pas balik keje.. Oleh kerana hari dah 6.45 petang dan malas nak kopek udang yg masih keras dari peti ais, saya ganti dengan jejari ketam...boleh? Boleh je la kan, kita buat dia...:) Dan saya tambah cheddar cheese parut kasik lemak itu chuchur. Hasilnya memang best lah cucur ni, sangat lembut walau dah sejuk.


Jejari ketam - belah dua dan hiris pendek2
Kentang - parut
Karot - parut
Daun bawang / daun kucai dihiris
Cili merah dihiris halus
Bawang besar didadu
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Gula 1 sudu besar
1/2 st yis segera
1/2 st baking powder
Tepung 2 1/2 cawan
1/2 cawan cheddar cheese yang telah diparut
Air secukupnya

Campur je semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan cucur.
Biarkan 15-20 minit dan goreng.

Petang tu saya cicah cucur ni dengan kuah kacang segera..marvelous!!

Makaroni Goreng

Salam.

Menu sampingan berbuka puasa hari ke 4 puasa. Makaroni goreng ni boleh buat ikut suka je rencah dia tapi saya suka resepi ni sebab ada kombinasi timur barat :)

In fact nothing special pun resepi makaroni ni just tumis cili kisar+ bwg kisar + garlic potong halus + oregano. Daging kisar pula sebelum dimasukkan dalam bahan tumis tadi diperap sekejap dengan lada sulah. Masuk daging then campur sos Prego 3 -5 sudu besar+ sos tiram + garam+ gula sikit, air sket bagi lembab sket then gaul ngan makaroni yg dah rebus. Masukk frozen vege and telur 2 biji gaul and done. Kalu nak letak rempah kari sket ok gak, cili padi kalu nak pedas sket.






Monday, June 30, 2014

Cream Puff

Marhaban Ya Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan 1435H. Masih jelas diingatan, ketika penghujung Ramadhan tahun lepas kita berdoa bersungguh-sungguh agar dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik agar dapat bertemu dengan Ramadhan lagi. Dan apabila ada peluang yang Allah berikan ini, seharusnya kita  dengan bersungguh-sungguh melakukan pengisian Ramadhan kali ini agar ianya menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita... seperti kata para alim ulama rebutlah peluang Ramadhan seoalah-olah ianya adalah yang terakhir buat kita...
Di bulan yang mulia ini kita recharge dan revive segala amalan ibadat kita agar kita menjadi insan yang bertaqwa kepadaNya. Bulan ini Allah menggandakan ganjaran sebagai galakan agar kita melakukan ibadat yang disuruhNya serta ibadat2 sunat lain yang Nabi SAW telah tunjukkan contoh. Sama-samalah kita merebut kelebihan Ramadhan, lebih2 lagi 10 malam terakhir, agar kita tidak tergolong di dalam orang2 yang rugi...


Resepi cream puff nak menyelit di sini. Buat cream puff ni sebelum puasa lagi tapi bari sempat nak salin di sini. Membuat cream puff ni senang tetapi agak sensitif jugak kejadiannya terutamanya bab kepanasan oven. Saya discover benda ni setelah 2 percubaan sebelum ni tak menjadi yaitu pastry tu leper tak naik kembung. Pastry cream puff ni sepatutnya berongga di dalam setelah masak supaya kita boleh belah dan isikan filling. Jarak masa antara 2 percubaan tu adalah setahun setengah kot... sebenarnya saya dah pernah berjaya buat creampuff ni lamaaaa dulu. Lepas tu tak buat dah so bila buat balik tak tahu di mana silap. Tu lah kelemahan buku resepi secara tadisional, yg mana ianya hanya merekodkan (cewahh..) bahan2 dan cara membuat. Acapkali selepas kita try resepi tu, dan kita dapati ada benda kena update buku resepi, tapi kita tak buat. Ye lah kan, mana nak cari pen waktu tengah berkecah kat dapur tu cik yah oii. Lepas2 tu lagi lah...lupa terus. Kalau pakai buku resepi blog camni, setiap resepi ada penceritaannya yang tersendiri. Tulislah banyak mana cerita ko nak, tak lenguh tangan dan tak habisnya mukasurat buku resepi tu.

Pastri :
125g butter
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur
½ sudu teh esen vanilla

1. Didihkan air bersama butter.
2. Perlahankan api, masukkan tepung, kacau sehingga menjadi doh dan tidak melekat di periuk.

3. Biarkan sejuk dan kemudian pukul bersama telur dan esen vanilla sehingga rata dan licin.
4. Menggunakan piping bag dan nozel bintang yg besar, picitkan di atas dulang pembakar sebesar 50sen dan meninggi. Sembur air sebelum dimasukkan ke dalam oven.

5. Bakar pada suhu 190 darjah selama 15-18 minit (lebihkan 10-15 degree dari suhu bakar kek biasa). Kalau oven ada kipas, pasangkan kipas.

Pilihan 1: Inti kastard
200ml susu ideal
400ml air
½ cawan kastard
2 biji telur
½ cawan gula
Sedikit esen vanilla

Kacau semua bahan hingga sebati dan letakkan di atas dapur. Kacau hingga berkilat.

Pilihan 2: Inti cream custard
100g instant custard mix
200 ml susu sejuk
1 st esen vanilla
150g whipping cream dan diputar

Bancuh instant custard mix dengan susu dan vanilla esen.
Pukul rata ke dalam whipping cream. Sedia digunakan.
(lebihan krim boleh difrozenkan. Bila hendak digunakan semula, defrozekan di bahagian fridge semalaman)







Tuesday, June 24, 2014

Agar-agar Oreo Coklat


sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula ~ k.nor guna 140gm
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo ~ k.nor guna 3 sudu besar serbuk koko
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
- Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo/serbuk koko ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.





Wednesday, June 18, 2014

Fruit Tartlet



















Salam.

Masa cukup terbatas sekarang untuk mengupdate recipe keeper saya ni.. Tapi saya sempatkan juga sebab lately ni jarang nak tulis resepi kat buku. Tulis kat sini senang nak refer dan di mana jua - time balik kampung, time gi rumah sedara mara, etc..

Fruit tartlet, hidangan pencuci mulut yang terkenal dan mudah disediakan. Lebih-lebih lagi sekarang dengan tart shell ready made yang sedia terjual. Tart shell ni saya beli dari kedai bahan bakeri Makcik di BBB. RM38 for 100pcs. Ok la kan? Tinggal nak buat krim kastad dan susun buah2 je... Bulan puasa nanti pun sempat buat utk berbuka :)

Resepi krim kastad:
100g instant custard mix
200ml susu segar (dari peti sejuk)
1 st esen vanila
150g non-dairy whipping cream

  1. Bancuh instant custard mix dengan susu dan esen vanila menggunakan hand whisk. Kacau sehingga berkrim dan sekata.
  2. Pukul whipping cream hingga bertanduk.
  3. Combine kastad dan whipping cream. Sedia digunakan.
  4. Gunakan piping bag dan nozel kesukaan untuk mengisi kastad di dalam tart shell. Tapi sebelum tu, tips menyapu dasar tart shell dengan coklat masakan yang dicairkan agar tart shell tak soggy setelah menampung krim beberapa ketika. Coklat akan bertindak sebagai lapisan penebat air...hahaha macam ujkaji sains la pulak..
  5. Susun buah-buahan yang disukai - pilihan yang popular seperti starwberry, kiwi hijau/kuning, anggur merah/hitam/hijau, peach, dsb. Buah ni yang menyerikan wajah fruit tartlet sebenarnya.
  6. glazekan buah2an atas tart dengan aprikot glaze atau piping gel. (boleh juga gaul dulu potongan buah denagn piping gel baru disusun atas tart. lagi senang)


Untuk dibawa ke rumah kenalan...



Saturday, May 10, 2014

Kek Rainbow untuk birthday Iman Fariza ke-10

Salam.

Cerita bulan lepas sambut besday Iman Fariza aka Dikja yang ke-10.. Hari lahirnya pada 17.04 tapi sambutannya hampir 2 minggu selepas itu. Tak apa asalkan tuan badan gembira menyambut hari jadi bersama kawan2.. Selamat hari lahir Dikja, moga menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa..ameen.







Kek harijadi kali ni buat sendiri iaitu kek rainbow dengan cheesecream frosting. Niat asal nak buat rainbow cupcake tapi permintaan tuan badan nak kek sebiji..


Masih menggunakan resepi yang sama sewaktu membuat kek rainbow kali pertama dulu. Creamcheese frosting pula dientry ini..




Wednesday, April 23, 2014

Victoria Sandwich Cake



Kek yang tergolong dalam kategori teacake (kek yang dinikmati ketika teatime). Basically kek ini ialah kek butter biasa sahaja, cuma diletakkan jem strawberry dan whipping cream ditengahnya.

Bahan-bahan:
250g butter
250g gula kastor
4 biji telur
1 st esen vanila
280g tepung naik sendiri
1 cawan whipping cream
Jem strawberry/rasberry
Hirisan buah strawberry fresh jika suka

Cara-cara:
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan pucat.
- Masukkan telur satu per satu dengan dipukul rata selepas setiap biji telur. 
- Masukkan esen vanila.
- Kaup balikkan tepung 
- Bahagi aduanan kepada 2 bahagian dan bakar setiap satu menggunakan loyang 8 atau 9 inci selama lebihkurang 20 minit dengan suhu 170 celcius (bergantung kpd oven masing)
- Sejukkan setelah masak.
- Pukul whipping cream sehingga kembang dan bertanduk.
- Ratakan jem strawberry di permukaan sekeping kek. Dikuti dengan whipping krim tadi.
*Saya guna jem Smuckers yang sugar free..

- Letakkan sekeping lagi kek di atasnya. Hiasakan dengan icing sugar yang diayak ke atas kek dan hirisan buah strawberry (saya tak letak)

Sesuai untuk hidangan minum petang atau malam.