Thursday, December 29, 2011

Kek Pisang

Resepi ambil dari kertas kat cake tin jenama Eagle. Bagus jugak, beli cake tin dapat resepi percuma.. :) Nampak cam logikal and reliable resepi tu, so terus cuba, kebetulan beli pisang lemak manis setandan dari Banting hari tu... It turned up very nice, tasty and soft...



The recipe:

½ cawan mentega
½ cawan gula
2 biji telur
3 biji kecil pisang
1 ½ cawan tepung naik sendiri
50 ml susu (boleh guna buttermilk instead – campurkan susu ni dengan 1 sb cuka)
1 st esen vanilla @ 1 st esen pisang
1 st soda bicarbonate

Cara-cara membuat:
1.       Pukul butter dan gula sampai kembang.
2.       Masukkan telur satu per satu dan pukul sebati.
3.       Masukkan esen vanilla @ esen pisang @ kedua-duanya sekali J.
4.       Masukkan pisang yg telah dilenyek halus.
5.       Masukkan tepung secara berselang seli dengan susu @ buttermilk yg telah dicampurkan dengan soda bicarbonate.
6.       Bakar 170o celcius, 40 minit.

Friday, December 23, 2011

Baked Meatball Spaghetti

Dah lama tak buat spaghetti. Semalam anak dara no 3 merengek takmo makan nasi nak spaghetti...
Bahan-bahan mostly dah ada kat rumah, cuma sos dalam botol tu takde..hahaha.. main ingredient tu yg takde. So terpaksa keluar pegi beli..
Pastu teringat hari tu nampak kat blog Kak Ida 1001resepi dia buat baked version, terliur nampak cheese yg mencair di atas tu...kebetulan mozarella cheese ada kat rumah, boleh la buat jugak.


Sos pasta tu saya buat macam selalu duk buat je... Cumanya ada satu tin sos carbonara bibik pergi bukak sebab dia ingat saya nak guna tu, so terpaksalah saya campur dengan sos tradisional. Dah sos tu jadi tak tak keruan rasanya, nak kata sos bolognese pun tak, nak rase creamy/carbonara pun tak.. Apa-apa pun, mak dan anak-anak mak okay je! And the most important part, first time saya buat meatball sendiri. Saya ikut je macam Kak Ida cakap, daging Ramly tu saya kepal bulat2 tp sebelum tu saya campur dengan sedikit garam, lada sulah dan 3 sudu kecil tepung jagung - nak bagi melekat.
So cara susun aturnya, letak spaghetti yg dah rebus dlm deep casserole bowl, tuang sos, susun meatball, dan last sekali tabur cheeese dan mix herbs/parsley. Bakar dlm 20 minit sehingga cheese cair.

Tuesday, December 20, 2011

Donat Labu

Assalamualaikum.

Resepi dari Dapur Madihaa.

Versi donut ring...

Versi donut hole...


Saya tampal resepinya di sini:

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
secubit garam

Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut

Cara2 Menyediakan 

[menguli dengan tangan / cara manual]
1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati.  Biarkan sehingga bancuhan berbuih. 
2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai.  Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi.  Kacau rata dengan tangan.  Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. )  Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.  
 
Membentuk doh
1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Jika doh terlalu melekat ditangan.. salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka.  Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak.  Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu.  Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan.  Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut.  Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana.  Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila).  Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi.  Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.  
4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali.  Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan.  Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.

Friday, December 9, 2011

Apam Coklat

Teruja dengan keenakan apam coklat masa makan kat rumah kawan (dia order), maka saya memulakan carian resepi apam coklat. Maka terjumpa lah resepi yang paling simple ni, tapi dah lupa kat site mana:

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan serbuk koko
1 st baking powder
1/2 st soda bicarbonate
1/2 st garam
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula halus - kena tambah kalau suka manis, tapi kalau makan dengan aiskrim, ok dah..
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air

Caranya senang je, campur semua bahan dan kacau dengan hand whisk sehingga sebati.
Rehatkan 1/2 jam.
Kukus dalam acuan lompang yg disapukan minyak selama 15-20 minit.


 Makan dengan aiskrim vanila memang terbaek..

Thursday, November 24, 2011

Eggless Chocolate Cupcake

Mencuba resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam lagi...


Saya tuliskan semula resepi dari blog Kak Nor:

3 cups all-purpose flour
2 1/2 cups sugar
1 cup cocoa powder
2 tsp. baking soda
1 tsp. salt - jika guna salted butter, tak payah letak
2 cups whole milk - saya guna susu UHT fullcream
1 cup butter, melted
4 tsp. honey
2 tsp. vanilla extract
1/2 cup semi-sweet chocolate chips - saya buat macam Kak Nor, letak button choc di tengah-tengah

Preheat oven to 325 F degrees.
Line two muffin pans with baking cups.
Sift together flour, sugar, cocoa powder, baking soda and salt.
In a separate mixing bowl, combine milk, butter, honey and vanilla extract.
Slowly add the dry ingredients into the milk/butter mixture. Mix until combined.
Fold in the semi-sweet chocolate chips.
Pour in the batter into the lined muffin pan to 2/3 full. Bake for 25 to 30 or until a toothpick inserted in the center of the cupcake comes out clean.
Let cool completely before decorating.

Sesuai juga dijadikan kek coklat lava yg makan dengan ice cream tu. Boleh 3/4 baked only, let the melted batter still inside the cake...

Monday, November 21, 2011

Butterscotch Pudding

Tried one premix butterscotch sponge pudding brand Greens, bought from ColdStorage.
The butterscotch sauce was really nice... I'd never thought a cake can be baked together with a sauce..ngeh3.
Just follow instructions on the box. My kids and me love it, but their abah wasn't :(




Thursday, November 10, 2011

Macaroni Bakar

Hari Raya Korban 1432H telah melabuhkan tirainya semalam 13 Zulhijjah.
Keluarga kami (mertua) juga tidak ketinggalan melaksanakan ibadat korban tahun ini dengan tumbangnya seekor lembu. Semua orang agaknya dah jenuh makan daging korban. Disamping itu juga, renungi dan hayatilah fadhilat ibadat korban ini, moga kita menjadi insan yang bertaqwa kepadaNya. Jangan hanya ingat makan daging jer :)

Semalam saya buat macaroni bakar guna resepi dari Kak Ida 1001 Resepi.
Alhamdulillah, sedap dan saya suka resepi ni sebab dia tak pakai banyak telur seperti resepi makaroni bakar yang sesetengahnya tu. Ada satu resepi tu sampai 15 biji telur! Dah jadi macaroni telur plak namanya.

Saya perturunkan resepi yg saya dah alter sikit sebanyak (resepi asal kat blog Kak Ida):

200g macaroni - direbus dan ditos

Meat sauce:
400g daging cincang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin pasta sauce
Mix vege atau fresh button mushroom secukupnya (kalau nak)
Pepper, garam dan gula secukupnya untuk perasa
- Buat macam pasta sauce tu, tapi jangan berair sangat

Bancuhan susu + telur:
3 cawan susu segar
3 biji telur
6 sb tepung gandum
1 kiub daging
1 st daun parsley
Pepper and salt to taste
-Semua ni dibancuh menggunakan hand whisk je..

Keju mozarella yg diparut
Sos cili (optional)

Cara membuat:
1. Griskan acuan muffin dengan sedikit minyak.
2. Masukkan macaroni yg telah direbus 1/3 acuan
3. Tuangkan bancuhan susu + telur sehingga menenggelami macaroni
4. Sudukan meat sauce di atasnya.


5. Taburkan keju dan picitkan cili sos.


Versi dalam loyang...
6. Bakar 20 minit. Siap...

Wednesday, November 2, 2011

Cornflakes Madu dan Red Velvet Cupcake

Hari ni 6 Zulhijjah 1432H. Dah nak raya haji kita ya.. Terkenang tahun lepas ketika ini kami sedang bersiap sedia lahir dan batin untuk bertolak ke Arafah dan seterusnya ke bumi Mina bagi menyempurnakan rukun Islam ke 5... Satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata akan keindahan kembara haji dengan segala rahmat, keagungan, kebesaranNya yang lebih 'dekat' dirasai... Allahuakbar. Moga kami beroleh haji yang mabrur dan diizinNya kami kembali lagi ke sana nanti.


 
Cornflakes madu ni buat Sabtu lepas memandangkan ada 2 kotak lagi cornflakes lebih lepas buat untuk raya aidilfitri lepas. Cornflake ni tak laku bebudak ni takat nak makan dengan susu je.. tak macam honey stars atau coco crunch. Abah dan uminya pun sama gak :)

So kena paksa buat lagi cornflakes madu ni:

125 g butter
1/2 cawan gula
5 sudu besar madu
250 g cornflakes
(kalau suka boleh tambah peanut atau almond)

- Kacau atas api butter, gula dan madu sampai larut.
- Masukkan cornflakes kacau sampai rata (api kecil sekali)
- Sudukan ke dalam paper cup. Taburkan manik hiasan atau color rice.
- Bakar 170 C selama 8 minit.

Hari Ahad pulak bikin RV lagi. Kek ni ada badi jugak ni, lama tak makan teringin..lama tak makan, teringin lagi... Walaupun dan 2 kali entry sebelum ni pasal RV, lom penah tulis resepi yg saya pakai. Ambil kat MyResepi lama dulu... tapi dah adjust-adjust sikit.


130 g pure butter (Anchor pun boleh la)
1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 st esen vanila
1 cawan buttermilk @ 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sb perahan lemon atau cuka, dah dibiarkan 10 minit
1 sb pewarna merah (resepi asal kata 2 sb)
2 cawan tepung superfine*
2 sb serbuk koko*
1/2 st soda bicarbonate*
(bahan bertanda * diayak bersama)
1 st baking powder
1 st cuka

- Pukul butter dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanila.
- Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk.
- Masukkan 1/2 buttermilk ke dalam adunan butter dan dikacau sebati. Masukkan 1/2 dari tepung yg telah diayak dan kacau sebati. Ulang lagi sekali.
- Campurkan baking powder ke dalam cuka, dan terus dimasukkan ke dlm adunan. Kacau sebati.
- Masukkan ke dlm paper cup sehingga 2/3 penuh dan bakar 170 C selama 18 - 20 minit (ikut saiz cup)

Cream cheese topping:
250g cream cheese
50 g butter
3/4 cawan icing sugar
1 sb susu cair/segar
1 sb perahan lemon atau 1 @ 2 drops of orange essence

- Pukul cream cheese dan butter sehingga kembang.
- Masukkan icing sugar, pukul lagi.
- Masukkan susu dan perahan lemon @ orange essence dan pukul lagi sampai sebati.
- Sedia digunakan untuk topping, paling senang guna nozzle star tip dan hias dgn manik atau kek yg dihancurkan. Ikut kreativiti memasing.

Friday, October 28, 2011

Apam Dot Dot Lagi...

Ulangan.

Resepi refer kat post terdahulu, cumanya kali ni tambah esen pandan. Harum sekali bau dia dan rasa pun lebih enak, tak la plain tepung semata. Anak-anak kata "bau macam London Swissroll.." (yang pandan flavor tu lah). Next try nak tukar susu ke santan pulak hehe..

Kali ni kejadiannya lain bebenor, merekah macam apam mekar pulak.. Maybe sebab terlebih beat ataupun api masa mengukus terlalu ganas.. (kali ni pakai pengukus tradisional, dulu tu pakai electric food steamer).
Tapi cantik gak bila dia mekar setaman cam ni :).


Saya nak kongsikan pe'el apam ni. Tak tahu lah org lain buat jadi macam saya ni jugak ke.
Kalau kita kukus apam ni berbatch-batch (almaklum la pengukus tak muat nak kukus sekali semua), batch yg last-last tu apam ni ada banyak gelembung2 udara dan texturenya dah tak gebu. Tengok gambar ni..

Kan nampak buih2 udara kat atas tu.. (yg tak merekah ni setelah di kawal api tak terlalu besar)
So kalau boleh, kukus secepat mungkin bagi mengelak tindakbalas kimia yg berlau dlm adunan jika dibiarkan lama.


Thursday, October 20, 2011

Cheese Biscuit Pudding

Dessert ni sangat lemak berkrim, disukai oleh ramai penggemar cheese barangkali.
AMARAN bagi pengamal diet, memakannya menyebabkan anda rasa sangat bersalah.. :)




250 g cream cheese
250 ml UHT whipping cream
1/2 tin susu pekat manis
  1. Beat semua bahan sehingga kembang.
  2. Ambil mangkuk casserol, susun biskut cream cracker sehingga memenuhi dasar mangkuk.
  3. Sapukan lapisan cheese atas biskut tadi.
  4. Susun biskut lagi dan ulang sehingga habis.
  5. Sejukkan di dalam fridge semalaman.
  6. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Monday, October 17, 2011

Apam Dot Dot

Apam zaman millenium.

Resepi lama yg diberi sentuhan baru dengan penampilan dot-dot yang menjadi kegilaan ramai, termasuklah saya :). Resepi ambik dari kawan yg bawak apam ni mai opis masa event makan-makan.

Bahan-bahan:
3 biji telur
275 g tepung gandum
220 g gula castor (boleh kurangkan ke 200 g)
150 ml fresh milk
1 st ovalette

Campurkan semua bahan dalam mixing bowl dan putar sehingga kembang dan putih.
(Jangan overbeat nanti adunan terlalu kering dan merekah bila dikukus)
Ambil 2 senduk adunan warnakan untuk dibuat dot dot. Selebihnya warnakan dengan warna yg disukai untuk asas. Atau bahagikan adunan mengikut warna yg sukai.
Guna piping bag untuk menuangkan adunan dlm cup.
Picit adunan warna asas sehingga 3/4 penuh.
Dot dotkan dengan adunan warna lain.
Kukus 8-10 minit.


Friday, October 14, 2011

Kek Coklat Kukus

Kek paling senang nak buat.. Sambil tengah nak gi mandi pun sempat singgah dapur godek kek ni :) Kalau kat kampung bilik air kat dapur kan, so masa lalu dapur nak gi mandi tu, boleh buat kejap. Pastu gi mandi, syampu bagai, dalam 30 minit, kek pun dah masak :)

Resepi asal saya ambil dari Izahdaut, tapi cara membuat membuat dia saya reka sendiri. Meh tengok...

Bahan kering campur semua sekali dlm mangkuk adunan:
2 cawan tepung gandum
1 st soda bicarbonat
1 st baking powder
1/2 cawan serbuk koko
Secubit garam
(semua bahan ni diayak)
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor

Bahan cecair:
2 biji telur - di pukul sikit dan masukkan 1 st esen vanila
250ml susu segar (susu perisa coklat pun boleh)
1 cawan minyak jagung
1 st Nescafe di campur dgn 1/2 cawan air panas

Cara membuat:
1. Telur yg telah dipukul sedikit (untuk sebatikan putih dan kuning) dicampurkan dengan susu.
2. Tuangkan ke dalam bahan kering, dikuti dengan air Nescafe kemudian kacau sebati.
3. Masukkan pula minyak dan sebatikan.
4. Sediakan loyang 8 inci dan griskan dengan baking paper.
5. Kukus selama 30 minit.
Siap.

Boleh gi mandi, pakai baju dan potong kek...!
Letak topping pun best. Kek ni lembut sangat dan tak muak dimakan.


Thursday, October 13, 2011

Happy Birthday Aiman Haris

Sungguh lama blog ini menyepi... sejak bulan puasa lagi, tu pun sekali je post dalam bulan puasa yg lalu. Rupanya jadi blogger ni walaupun blogger masakan je pun, kena rajin dan luangkan masa yg bukan sedikit depan komputer. I am not labelling me as 'blogger' at the moment, sebab saya buat blog ni pun sebagai khazanah peribadi je atas minat yg satu ni.

Baru-baru ni 6 Oktober adalah harijadi anak bongsu saya yg ke 3. Dah besar anak umi ni (hepp..bukan makna nak tambah adik tauu...), sikit demi sedikit sifat baby yg boleh umi gomol, cium sesuka hati, dukung semer dah takde dah.. Nak dukung sekarang boleh lagi, tapi ya allah, berat dah nak menyamai beras 10kg 2 kampit..

Disebabkan raya tempohari pun tak sempat buat makan-makan, maka bersempena dengan birthday Aiman ni, saya rajin-rajinkan diri buat makan-makan sikit Sabtu 8 Okt. Saya buat nasi dagang dan lontong. Dah lama saya tak buat nasi dagang ni sebenarnya, kebetulan masa balik raya ada beli beras merah nasi dagang kat Munduk :)Rasanya juga belum pernah berjaya menghasilkan gulai ikan tongkol untuk hidangan nasi dagang yg asli. Dulu buat sekali minta tolong mak jiran buatkan, dia org Terengganu so memang power sehhh... lain-lain saya buat gulai ayam je sebab regu nasi nagang ni can be gulai ikan tongkol or kari ayam..

Tak lama dulu saya ada save resepi nasi dagang Madiha. So bila nak buat nasi dagang ni saya guna resepi dia. Memang ok resepi dia ni walaupun saya tak de rempah Rose yg dia ckp dalam resepi tu. Akan saya simpan resepi dia ni untuk buat di lain masa. Jom jamu mata dengan gambarnya.. (gambar tak cantik pun). Gambar lontong lupa ambil.


 Gulai ikan tongkol resepi Madiha.. terangkat!
 pelengkap hidangan nasi dagang. patut ada sejenih lagi - sambal kelapa tp tak reti buat!
Kalau takde sambal, tak kick nasi dagang.. Resepi biasa2 je - cili merah, cili api, belacan (sikit je), garam gula, cuka. Sebab blend kena masuk air, pekatkan dengan sos tomato.
 Puas dapat makan nasi dagang sendiri...

 Birthday cake. Sebab birthday boy penggila angry bird, so seme kek tema tu... Kek karot beli, red velvet cuppies buat..
 Pencuci mulut puding roti marble Hanamemories

Besday boy - cayang Aiman!

Thursday, August 18, 2011

Pizza simple...

 

Pizza simple yg menggunakan Kawan Flexi Pastry sebagai base. Result - tak berapa sesuai dijadikan base pizza pastry ni. Mungkin lebih sesuai untuk buat savory or sweet pastry puff.



Topping tu gaya bebas je, mula-mula letak pasta sauce (apa-apa je lah yg dah ready in can/bottle).
Lepas tu tabur sliced sosej, capsicum yg dipotong dadu, sliced white button mushroom.
Last sekali tabur shredded mozzarella cheese.
Bakar dalam 20-30 minutes.
Dah.
Sebagai hidangan sampingan berbuka puasa :)

Tuesday, August 16, 2011

Chocolate Chip Cookies

Lamanya tak post entri kat dapur pencuba resepi ni.. Adakah tiada resepi baru yg dicuba lagi? Telah penatkah? Putus asakah? Eh mana ada... Selagi bernama pompuan, isteri, ibu, adik/kakak, dan yang paling penting diri sendiri, memasak memang rutin dan kesukaanku..

Ni kira post pertama di bulan Ramadhan 1432H, setelah masuk hari ke 16 umat Islam menunaikan rukun Islam ke 3 ini. Sebenarnya tak ada apa yg istimewa cuma tak nak biarkan blog yg ku cipta dari passionate dlm masakan dan makanan ni tak sepi begitu saja.

Chocolate chip cookies - biskut yg pernah dicuba sebelum ni tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan. Saya memang macam ni, kalu dah penah cuba sesuatu resepi tp tak jadi/ tak memuaskan, lambat la nak cuba balik. Macam ada badi gitu... hehehe...yo'o je.

Amik resepi choc chip dari blog Kak Ida 1001resepi dah lama dah. Ingat nak buat sebelum puasa lagi, tapi tak terbuat. Sabtu lepas baru cuba, kena cuba gak sebab kalau jadi dan sedap boleh buat untuk raya. This time, saya rasa cukup puashati. Walaupun plain je, i mean, tak banyak bahan lain mcm sesetengah resepi choc chip (oat, nestum, berbagai nuts), ianya crunchy tetapi halus. Overall sedap dan budak2 suka.. (diorang ajak kawan2 terawih moreh biskut ni lepas terawih semalam... licin sebalang :))

Ini resepinya: (Kak Ida ambil dari bungkusan Hershey's perfect chocolate chip cookies)

bahan-bahanya:
2 1/4 cups all purpose flour (saya guna redrose flour)
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
(ayak sekali... dan saya tambah 1/4 cawan serbuk koko nak bagi warna dia gelap sikit)

1 cup butter, softened
3/4 cup granulated sugar
3/4 cup packed light brown sugar
1 tsp vanilla
(pukul semua hingga kembang...)

2 biji telur
2 cups hershey's choco chips (saya guna choc chips biasa beli kat kedai bahan bakery)

Cara:
setelah butter dan gula kembang, masukkan telur sebiji-sebiji...
masukkan tepung...gaul sebati...
akhir sekali masukkan choco chips dan nuts (optional..about 100g)...
sudukan batter (ukuran satu sudu teh) ke atas ungreased cookie sheet (jarak-jarakkan sebab biskut akan kembang meleper)
bakar selama 15 minit pada suhu 170 celcius...

Thursday, July 21, 2011

Tahlil Ringkas

Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas, kakak ku yg duduk kat kampung datang KL. Jadi dapatlah kami semua adik-beradik berkumpul beramah mesra merapatkan ikatan silaturrahim lagi. Kakak ku yg no 2 ni je duduk kampung, lagi 3 semua kat KL. Jarang dapat kumpul semua macam ni. Selalunya berkumpul kat kampung lah time raya atau cuti sekolah.

Sabtu tu kami makan tengahari kat rumah ku. Ku masak nasik beriyani simple je. Sebelum makan, buat tahlil ringkas untuk kaum keluarga kami yang dah pergi dulu, terutamanya arwah ma yg cukup setahun pemergiannya pada 12 Syaaban 1432H Arwah ayahku dah pergi dulu tahun 2001.

Ya Allah, ya Tuhanku,
Ampunkanlah segala dosa-doasa kedua ibu-bapaku
Tempatkanlah roh mereka bersama-sama org yg beriman dan beramal soleh
Cucurilah rahmatMu ke atas roh mereka
Berikanlah mereka kesejahteraan sebagaimana mereka menjaga dan mendidiku sejak dari kecil lagi
Ya Allah, jauhilah mereka dari siksaan kubur dan azab api neraka
Engkau terima lah SEGALA amalan-amalan kebaikan mereka
Engkau hapuskanlah SEGALA dosa-dosa mereka
Masukkanlah mereka ke dalam syurga Mu yang tertinggi iaitu syurga Firdaus Mu


Selepas tu kami nikmati hidangan makan tengahari yg tidak seberapa ini.
Saya guna rempah beriyani Aween untuk nasi.
Untuk lauk, buat udang masak merah (udang Tawau youu...) dan kari ayam. Ada acar timun nenas.

Alhamdulillah.

Tuesday, July 19, 2011

Apam Beras

Salam,

Saya memang jarang buat kuih yg pakai yis. Tak biasa main dgn yis sebab arwah mak saya tak pernah buat kuih yg pakai yis (ke pernah? eh tak ingat lah.. hehe. Kalau ingat2 lupa tu maknanya sgt jarang atau tak pernah le kut). Saya pernah buat donat je 2, 3 kali dan pernah buat roti sekali kut, tu je hehe.. So buleh imagine la tahap 'kepandaian' saya buat kuih yg guna yis ni. Entri kali ni saya nak share satu resepi yg simple dan mudah utk pengguna amatur yis. Dah lama saya nak try buat apam ni tapi sebab ada 'barrier' between me and the yeast, so bertanguh-tangguh. Oleh kerana saya peminat Kak Nor kerana resepi-resepinya (atau resepi-resepi yg pernah beliau cuba) yg boleh dipercayai, kali ni saya teruja nak try resepi dia lagi iaitu apam beras ni lah.

Hasilnya amat memuaskan. Cumanya disebabkan ke'amatur'an saya mengendalikan adunan beryis, first batch apam yg dikukus kurang gebu. Saya rasa saya tahu sebabnya - saya tak biarkan dulu adunan naik lepas dah masuk dlm acuan. So second batch saya biarkam 15 min dlm acuan baru kukus. Haa barulah cantik gebu hasilnya.


 

Oh lupa nak bagitau, keterujaan nak buat apam ni pun didokong oleh steamer yg baru dibeli :). First time nampak Trio Food Steamer ni kat blog Chef Asma. Chef Asma ada jual steamer ni dan boleh pos. Tapi tak berani lah beli dari dia takut apa-apa jadi masa delivery. Pastu saya google mana boleh beli steamer ni, rupanya ada kat kedai letrik dekat rumah saya. Dapat RM180. Ini dia steamer tu... So far so good, besar boleh masuk loyang 10" x 10".

Trio Food Steamer

Chocolate Chunk Muffin

Assalamualaikum.

Resepi yg saya cuba kali ni ialah choc chunk muffin. Resepi ambil dari blog Kak Nor secubit garam. Dah buat 2 kali, memang best. Thanks to Kak Nor for sharing this great recipe (she may take it from other blog, but I took it from her's)

So macam biasalah, nak share gambar hasilnya.

Kiri yg buat 2nd time (cup 2oz), kanan yang buat 1st time (cup 1oz)... sama sedap je hasilnya.




Friday, July 8, 2011

Gagal lagi...

Alkisahnya, semangat Tok Janggut dan Cik Siti Wan Kembang datang lagi..berkobar-kobar.

Nak buat macaron...

Dengan tiupan semangat oleh anak no.2 yg every week tak jemu-jemu mengajak saya buat, setelah gagal dalam percubaan pertama dahulu.. Maka kami pun memulakan operasi lepas makan tengahari Sabtu lepas. Semua bahan2 dah ada. Pakai resepi yg buat masa first time dulu jugak (resepi yg sama juga saya jumpa yg kat sini), tapi kali ni masa mengacau whipped white egg dgn gula icing + almond flour tu lama sikit sampai dia jadi macam bancuhan kek. Dulu tu kacau kejap je, mmg salah.

Dipendekkan cerita, inilah macaron yg telah di pipekan atas baking paper.



Berdebor ni nak teruskan proses membakar... Dup dap dup dap... Masa half way bakar, pegi intai tengok dan tak nampak pun kaki 'tumbuh'...Alaaa....frust lagi!!! Hmmm.. memang sampai ke sudah tak tumbuh kaki macaron ku ini. Dan permukaan pun tak licin berkilat. Mak gagal lagi...!



Tapi tetap letak filling dan ngap...



Jaga kau macaron! Akak ku cuba lagi nanti....